Tom Terdetik Nak Buang Tatu Kalau Ada Rezeki
“Sudah Tentu Saya Menyesal, Tapi Bendah Dah Jadi.” - Tom
Tom Terdetik Nak Buang Tatu Kalau Ada Rezeki
Demikian kata penyanyi dan peserta Gegar Vaganza ke-9 (GV9), Tom selepas ditanya apabila kisahnya yang bertatu mulai jadi perhatian peminat.
Tom, atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram,36, berkata dia terdetik untuk membuang tatu yang ada sekiranya ada rezeki.
“Kalau kita nak buang pun saya difahamkan lebih sakit berbanding ketika proses cacahan tatu. Malah kosnya juga lebih mahal. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih memang nak buang.
“Ramai yang sangka saya cacah tahu kerana sikap ‘rebel’. Tapi sebenarnya tidak. Mungkin kerana persekitaran. Saya tidak salahkan sesiapa sebab ini khilaf saya,” katanya kepada MH.
Menurut Tom yang pernah menjuarai program My Starz LG musim ketiga pada 2010, dia sebenarnya berat hati untuk kembali memeriahkan industri hiburan tanah air dalam keadaannya yang bertatu.
“Bagi saya hal ini sesuatu yang sensitif, apatah lagi bagi mereka yang beragama Islam. Sebenarnya kalau nak diikutkan dengan keadaan diri saya sekarang ini, saya dah tak nak keluar (kembali aktif).
“Tak ada hati… sebab dalam keadaan yang saya tidak bersedia. Malah saya pun fikir mungkin sudah tidak ada tempat, sebab dalam keadaan begini.
“Tapi saya beranikan diri, meski saya tahu mungkin akan dikecam. Sebelum sertai GV9, saya sudah fikir ‘aku akan kena kecam, benda ini akan keluar.’
“Tapi saya sanggup hadapinya, demi anak-anak. Ini peluang (rezeki) untuk mereka,” katanya lagi
Tom Terdetik Nak Buang Tatu Kalau Ada Rezeki
.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DAP Hipokrit: Nik Abduh Pinjam Kerusi & Meja Suruh Siasat, Kes Banglo Guan Eng Gugur
- Mesej Akar Umbi Kepada Presiden UMNO, 30hb Bukan Hari Untuk Berlapang Dada
- Muhyiddin cuba alih gelaran gagal kepada Ismail
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018