Grill Chicken Wrap

Grill Chicken Wrap
Grill Chicken Wrap

Grill Chicken Wrap

Hi Semua, kali ini Che Nom nak kongsi resepi chicken wrap menggunakan ayam yang diperap dengan bahan-bahan dan rempah yang mudah, tapi akan dapat hasil yang sangat sedap, juga cara untuk grill ayam menggunakan pan serta hasilkan ayam panggang yang lembut dan juicy di dalam.

Che Nom akan kongsi juga cara untuk sediakan salad segar dan sayur-sayur lain yang sesuai dimakan dengan chicken wrap ni. Satu lagi resepi yang menarik ialah resepi salad dressing homemade ala-ala restoran western yang premium menggunakan bahan yang simple saja untuk dipadankan bersama salad dan sayur-sayur dalam chicken wrap.

Menu ini juga seimbang dari segi diet kerana kandungan karbohidrat yang agak rendah sebab kita gunakan roti atau wrap jenis whole grain, kandungan protein yang tinggi dari pada isi ayam yang dimasak menggunakan sedikit sahaja minyak , dan minyak pun kita guna minyak zaitun, juga banyak kandungan vitamin dan mineral yang datang dari pelbagai jenis sayur dan juga sedikit kandungan lemak dari mayonis.
Memang well balanced diet meal.



Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk perapan ayam:
    • 2 ketul dada ayam
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 2 sudu kecil serbuk paprika salai
    • Sedikit garam
    • 2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
  • Bahan-bahan untuk salad dressing:
    • 3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
    • 3 sudu besar jus lemon
    • ¼ sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 sudu kecil dijon mustard
    • Secubit garam
    • 1 sudu besar madu
  • Bahan-bahan untuk lain-lain:
    • Sayur salad
    • Timun
    • Tomato ceri
    • Karot
    • Roti tortilla bijirin penuh

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk perapan ayam:
    1. Tos dan keringkan ayam lepas dibersihkan lalu masukkan kedalam bekas.
    2. Masukkan parutan halus bawang putih, serbuk lada hitam, serbuk paprika salai, sedikit serbuk cili, sedikit garam dan minyak zaitun extra virgin.
    3. Gaul rata kesemua bahan pada bahagian ayam. Pastikan bahagian ayam disalut dengan rata.
    4. Perap ayam minimun 2 jam atau semalaman.
    5. Sesudah diperap, panaskan kuali dan goreng ayam lalu masukkan minyak zaitun extra virgin.
    6. Kemudian, tutup sebentar anggaran dalam 30 saat lalu buka penutup dan alih ayam tersebut. Ulang cara yang sama 2 atau 3 kali sehingga ayam masak sempurna.
    7. Angkat selepas kedua-dua belah bahagian kelihatan sudah terpanggang dan masak.
    8. Rehatkan sekejap ayam panggang tersebut.
    9. Sapu madu diatas ayam panggang lalu potong ayam.
  2. Cara-cara untuk salad dressing:
    1. Rendam salad yang telah dibasuh dengan air sejuk.
    2. Hiris nipis timun, lobak merah, dan potong tomato ceri.
    3. Tapis sayur yang direndam dan keringkan sayur menggunakan salad spinner (jika ada).
    4. Masukkan minyak zaitun extra virgin didalam bekas yang berpenutup dan diikuti dengan perahan jus lemon. Kuantiti bagi kedua bahan ini adalah sama banyak.
    5. Masukkan serbuk lada hitam dan dijon mustard.
    6. Goncang bahan-bahan tersebut lalu masukkan secubit garam, madu dan sambung goncang sehingga sekata.
  3. Cara-cara untuk roti tortilla:
    1. Panaskan roti tortilla diatas kuali. Alih untuk panaskan kedua belah bahagian roti tortilla.
    2. Gunting roti sampai ke tengah. Bahagi kepada 4 bahagian di mana bahagian pertama disusun ayam panggang, bahagian ketiga diletak salad, timun, lobak merah dan tomato ceri bersama salad dressing yang dibuat. Tambah mayonis biasa atau rendah lemak diatas ayam panggang.
    3. Kemudian, balut roti tortilla mengikut bahagian dan grill chicken wrap siap untuk dihidang.

Tip:

  • Jika tidak mempunyai serbuk paprika salai, boleh digantikan ia dengan serbuk cili atau serbuk cayenne.
  • Selain air sejuk, rendaman salad juga boleh digunakan air suhu bilik dan dimasukkan dalam peti sejuk. Bila kita rendam, salad akan lebih kembang dan rangup
  • Ketika menggoreng ayam, jangan terlalu cepat alihkan ayam dan biarkan selama 30 saat dahulu.
  • Untuk memeriksa ayam sudah masak atau tidak, cucuk dan potong sedikit ayam tersebut samada mentah ataupun tidak. Jika sudah masak, isi ayam akan kelihatan putih sahaja.
  • Jika mahukan roti tortilla yang rangup dan sedikit goreng, boleh dipanaskan lama sedikit. Namun, jika mahu mengekalkan tekstur roti tortilla yang lembut, hanya panaskan sekejap sahaja.

Govt’s decision not to float chicken prices brings relief to many

Grill Chicken Wrap

DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jaga Jaga Jenab, PH Dah Mula Nak Kencing Lagi




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button