Selamat Mengundi , tapi jangan lupa kisah mimpi ngeri kerajaan PH 22 bulan.
Oleh Adam Malik
Tidak kiralah bila Parlimen akan dibubar , sama ada tahun ini atau tahun hadapan (2023).
Jika Parlimen dibubar tahun ini atau tahun hadapan , apa yang pasti jangan undi parti2 terkait dengan kerajaan 22 bulan pimpinan Tun Mahathir dan PH atau sisa2 mereka didalam Perikatan Nasional.
Kerajaan yang membawa mimpi ngeri dan kisah tragedi kepada yang mengundi Pakatan Harapan dan juga yang tidak mengundi mereka
Bagi yang tidak mengundi ia seperti dijangkakan , sebaliknya bagi yang mengundi ia sebuah mimpi ngeri yang tidak akan dilupakan selama lamanya.
Pengalaman ditipu hidup2 dengan janji palsu
Jika kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak memberi banyak habuan dan kebajikan , kerajaan 22 bulan pimpinan Mahathir dan DAP sebalik nya mengambil banyak dari rakyat.
Sangat jauh beza antara dua kerajaan.
Kerajaan Barisan Nasional memberi banyak bantuan seprti BRIM, rumah rakyat seperti rumah PR1MA , rumah mampu milik , elaun kepada nelayan , petani RELA dan macam2 lagi , sebaliknya kerajaan 22 bulan meminta dan merampas dari rakyat.
Sudahlah yang dijanji tidak diberi , sebaliknya merampas apa yang sudah diberi oleh kerajaan BN kepada rakyat.
Elaun nelayan , petani semua dihentikan dibawah kerajaan 22 bulan pimpinan Mahathir dan DAP.
Rakyat terpaksa memberi derma kepada kerajaan melalui Tabung Harapan, sambil Mahathir membiyai baikpulih kapal Jho Lo menggunakan wang rakyat untuk dijual kepada Kroni bilionairnya Genting.
Itu antara mimpi ngeri pimpinan Mahathir dan PH/DAP
Selain itu agama Islam tergugat dan dicerobohi oleh DAP.
Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Cheng sibuk memberi dana kepada aliran sekolah mereka hampir setiap minggu.
Bukan sahaja itu , pelajaran agama Islam diletak kan orang bukan Islam didalam komiti pelajaran Islam.
Selain itu , Statu Rom cuba di meterai secara sulit dan hanya mahu ditarik semula setelah mendapat bantahah umat Islam melalui himpunan ICERD dimana jutaan rakyat beragama Islam berpaksi gabungan UMNO dan PAS turun ke jalan raya melahirkan bantahan.
Kerajaan Mahathir lansung tidak menghormati hati orang Melayu Islam.
Ini bermakna Islam tidak selamat ditangan Mahathir bila berjuta hadir di himpunan icerd
Keutamaan Mahathir hanya projek mega dan perniagaan kroni yang beliau dipercayai ada kepentingan.
Sambil itu, Mahathir persenda orang Melayu sebagai pemalas dan hidang kepada mereka kisah skandal 1MDB dan Najib Razak untuk mengisi perut mereka yang sudah di ikat.
Peguam Negara lantikan kerajaan Mahathir pula sibuk menggugurkan banyak kes jenayah dan seleweng puak mereka sambil mencipta berpuluh kes terhadap pemimpin Melayu.
Itu lah antara sedikit kisah mimpi ngeri yang timpa rakyat Malaysia hasil sifat kufur nikmat mereka menolak kebaikan dan menggantikan nya dengan kerajaan mimpi ngeri.
Kerajaan yang banyak memberi , pemimpin yang banyak memberi Mahathir fitnah sebagai pemimpin beri rasuah kepada rakyat, tetapi tidak mengapa jika berbilion beralih kepada projek kroni Mahathir asalkan tidak mengalir kepada rakyat.
Apabila kerajaan mengumumkan bantuan RM300 kepada “frontliner’ Mahathir pula yang membantah dalam Parlimen sedangkan ia eluan sementara darurat Covid-19.
Itu lah peliknya jika masih ada kakitangan awam yang masih jahil dan bodoh menyokong PH atau Tun Mahathir.
Pekerjaan mereka sendiri tergugat dengan dasar mahu kurangkan jumlah kakitangan awam secara berperingkat yang diumumkan oleh pemimpin DAP.
Malah, pencen kakitangan awam pun cuba dibincang untuk dihapuskan.
Maka, tidak kiralah sama ada PRU15 diadakan pada tahun ini atau tahun hadapan , apa yang penting rakyat terutamanya orang Melayu harus tolak mereka2 yang terbabit dalam kerajaan mimpi ngeri 22 bulan.