Pengasas PPBM Umum Keluar Parti
Pengasas PPBM Umum Keluar Parti
Satu lagi tamparan besar kepada PPBM ketika menjelang PRU 15, pengasas dan bekas ahli Majlis Pengurusan Tertinggi PPBM, Dr Rais Hussin, mengumumkan keluar dari parti tersebut.
Dimaklumkan, Dr Rais telah menghantar surat rasmi berhubung perkara itu kepada kepada parti kelmarin (5 Oktober 2022).
Bekas Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Bersatu itu memberitahu beliau tidak lagi bergiat aktif dalam parti sejak 2020.
Beliau sekarang sedang menumpukan usaha membangunkan badan pemikir, EMIR Research.
“Walaupun saya bukan lagi ahli PPBM, saya tetap akan berusaha memperjuangkan Malaysia yang lebih baik”.
Mengimbau kembali kenangan ketika Bersatu mula-mula ditubuhkan, Rais Hussin menyifatkan pengalaman yang dilalui banyak mengajarnya tentang politik.
Beliau mengakui ada masanya bersikap agresif dan memberi pandangan berbeza namun ia dilakukan demi kepentingan parti.
Baca di sini:
https://malaysiagazette.com/2022/10/07/rais-hussin-umum-keluar-bersatu/
PPBM kini dilihat ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Dalam keadaan ketandusan pemimpin yang berkualiti, seorang demi seorang pemimpin PPBM yang diharapkan mampu mengambilalih kepimpinan parti meninggalkan PPBM.
Persoalannya sekarang, ke manakah halatuju PPBM sekarang?
Pemimpin utama PPBM, Muhyiddin Yasin, semakin ditolak oleh rakyat.
Penulis difahamkan, dalam PRU 15 nanti, Muhyiddin masih lagi belum dapat memastikan kawasan yang selamat untuk beliau bertanding.
Pengundi di parlimen Pagoh sendiri sudah memberikan isyarat menolak beliau, malah DUN Bukit Pasir yang beliau menangi dalam PRU 14 telah tewas di tangan BN dalam PRN Johor lepas.
Seandainya Muhyiddin tewas atau tidak bertanding di dalam PRU 15, siapakah yang boleh mengambil alih kepimpinan PPBM di peringkat pusat.
Selain dari itu, penulis juga difahamkan, berlaku perpecahan antara kepimpinan PPBM pusat dan PPBM Sabah yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah, Hajiji.
PPBM juga dikhabarkan mengalami masalah untuk meletakkan calon yang berkualiti dalam PRU 15 yang akan datang.
Sekiranya PPBM mengulangi pencapaian buruk dalam PRU 15 sebagaimana pencapaian di PRN Melaka dan PRN Johor, besar kemungkinan PPBM akan hanya tinggal sebagai sejarah.
Pengasas PPBM Umum Keluar Parti
Di Syorkan Untuk Anda:
- Beberapa Ahli Parlimen Utus Surat Kepada Agong Menyatakan Menarik Sokongan Dari Ismail Sabri?
- KJ Kecewa Sekiranya Parlimen Di Bubarkan Terlalu Awal
- Jangan Adakan Kerjasama UMNO Dan PAS Sebelum PRU 15