Resepi Ayam Goreng Berempah & Nasi Lemak Kukus
Resepi Ayam Goreng Berempah & Nasi Lemak Kukus
Ayam Goreng Berempah yang diperap bersama pelbagai jenis campuran rempah, dipadankan bersama nasi lemak kukus yang lembut dan fluffy.
Ada 2 bahagian utama resepi ni, pertama Che Nom akan tunjukkan cara penyediaan ayam goreng berempah, dan kedua cara untuk sediakan nasi lemak kukus.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan untuk kisar halus:
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 2 inci lengkuas
- 2 ketul kunyit hidup
- 4 batang serai
- 1 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu besar jintan manis
- 3 biji buah keras (optional)
- 4 sudu besar air asam jawa
- sedikit air
- Bahan-bahan lain untuk perapan ayam berempah:
- ½ ekor/800g ayam
- 1 sudu besar cili kisar
- 1 sudu besar serbuk kari
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar tepung jagung
- ½ sudu kecil garam
- 3 tangkai daun kari
- Bahan-bahan untuk nasi lemak kukus:
- 1 inci halia
- 1 biji bawang merah kecil
- 2 cawan beras basmathi
- 3 helai daun pandan
- 3 cawan santan (sederhana cair)
- garam secukup rasa
- 1 sudu besar minyak masak
- Bahan-bahan untuk dihidang bersama nasi lemak:
- kacang tanah goreng
- ikan bilis goreng
- timun
- telur rebus
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk ayam goreng berempah:
- Hiris kasar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit yg dah dikikis kulit.
- Potong serai dlm anggaran 2 cm panjang.
- Kemudian sediakan rempah yang nak dikisar bersama iaitu biji ketumbar, jintan manis dan buah keras.
- Masukkan kesemua bahan dalam blender dan tambah sedikit air asam jawa.
- Tambah sedikit air dan kisar halus.
- Bersihkan ayam dan toskan.
- Tuang kesemua bahan kisar kedalam bekas ayam tadi.
- Tambahkan cili kisar, tepung beras, tepung jagung garam dan daun kari.
- Gaul sekata kesemua bahan dan perap selama minimum 1 jam. Nak lagi sedap, perap semalaman.
- Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
- Cara-cara untuk nasi lemak kukus:
- Hiris nipis halia dan bawang merah kecil.
- Basuh beras dan tos airnya.
- Masukkan beras, hirisan halia, bawang merah, pandan yang telah dikoyak dan santan ke dalam loyang.
- Masukan garam untuk memberi rasa yang lebih berlemak dan sedap rasa nasi.
- Kukus selama 30 minit.
- Goreng sekejap kacang tanah sehingga perang sikit kulit kacang.
- Ikan bilis yg dah basuh bersih, goreng sampai garing dan angkat.
- Hidangkan nasi lemak bersama ayam goreng berempah, sambal tumis, ikan bilis dan kacang goreng, telur rebus dan hirisan timun.
Tip:
- Tuang sedikit minyak kedalam loyang berisi beras tadi supaya nasi berderai elok bila masak.
- Tutup sekejap dengan penutup kuali supaya ayam masak sempurna di bahagian dalam, dan isi ayam kekal moist.
- Jangan terus gembur nasi selepas masak, biar sejuk sekejap dalam steamer yg masih bertutup dalam 10 minit, barulah gembur.
https://my-tv.online/2022/10/05/ayam-masak-merah-berempah/
Resepi Ayam Goreng Berempah & Nasi Lemak Kukus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Zahid tangkis propaganda politik lawan
- Tukar Perlembagaan: Bertambah Komunis Hingga Ronnie Liu Pun Rasa Terlalu Komunis
- Tindakan Muhyiddin Serta 12 Menteri PN Membuatkan Agong Dukacita Dan Bubarkan Parlimen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Zahid tempelak Mahathir – “ Melayu Sokong UMNO bukan kerana insentif tetapi kerana sudah sedar “