Tentera IRGC dihantar ke Ukraine secara rahsia bantu askar Russia

Tentera IRGC dihantar ke Ukraine secara rahsia bantu askar Russia

Tentera IRGC dihantar ke Ukraine secara rahsia bantu askar Russia

TEHERAN: Sejumlah anggota tentera Iran dilaporkan dihantar secara rahsia ke medan perang di Ukraine bagi memberi latihan kepada askar Russia mengenai cara penggunaan dron kamikaze.

Dianggarkan seramai 50 anggota unit khas dalam Pengawal Revolusi Iran (IRGC) dihantar ke selatan dan timur Ukraine berserta ratusan dron Shahed-136, lapor Mirror.



Laporan itu didedahkan selepas satu serangan yang berlaku berhampiran Makrariv di barat Kyiv terdapat penggunaan dron buatan Iran.

Biarpun pihak berkuasa Iran menafikan perkara tersebut, terdapat laporan menyebut pasukan IRGC ditempatkan di pangkalan tentera Russia di Dzankoi di Crimea dan Kherson di selatan Ukraine.

Sumber ketenteraan Ukraine pula memaklumkan, satu pasukan pelatih IRGC terkorban dalam satu serangan, baru-baru ini.

“Kami bimbang dengan kehadiran anggota IRGC yang membantu tentera Russia dalam medan pertempuran kerana mereka menyerang penduduk awam,” jelas sumber itu.



Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky sebelum ini menuduh tentera Russia menggunakan dron pembunuh buatan Iranm, Shahed-136 UAVs ketika bertempur dan menyerang penduduk awam.

Teheran sehingga kini menafikan pihaknya menjual dron berkenaan kepada Russia.

Polis lepaskan tembakan, 36 penunjuk perasaan maut di Iran



Tentera IRGC dihantar ke Ukraine secara rahsia bantu askar Russia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Ibrahim ‘wajib’ dilantik sebagai PM

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading