Bakar mercun sempena Deepavali, New Delhi diselubungi asap beracun
Bakar mercun sempena Deepavali, New Delhi diselubungi asap beracun
NEW DELHI: Asap toksik atau beracun menyelubungi New Delhi sejak awal pagi tadi, selepas penganut Hindu sanggup berdepan risiko dihukum penjara hingga berbulan-bulan kerana melanggar larangan membakar mercun demi meraikan sambutan Deepavali, semalam.
Menurut syarikat pemantau antarabangsa, IQAir, bacaan kadar zarah berbahaya PM 2.5 melonjak kepada 350 dalam indeks kualiti udara – tiga kali ganda berbanding sehari sebelumnya.
Bacaan zarah terbabit – begitu halus sehingga boleh menembus jauh ke dalam paru-paru dan memasuki saluran darah – didapati 23 kali lebih tinggi daripada kadar maksimum harian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kadar bacaan zarah itu menurun kepada 145 menjelang pertengahan waktu pagi tadi, namun masih hampir 10 kali ganda had ditetapkan WHO.
Pada 2020, laporan oleh IQAir mengenal pasti sebanyak 22 daripada 30 bandar paling tercemar di dunia adalah terletak di India.
New Delhi menguatkuasakan larangan penjualan dan pembakaran mercun, bulan lalu, sekali gus mengumumkan sesiapa yang melanggar peraturan itu boleh dihukum penjara hingga enam bulan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keputusan PAS Gunakan Lambang Bulan Akan Menyebabkan PPBM Hilang Banyak Kerusi Parlimen
- Kenapa Anwar Dan PKR Tidak Memberikan Sebarang Respon Terhadap Tindakan Charles Santiago?
- BN Selangor Masih Berdendam Dengan Isham Jalil?
Namun, ramai daripada kira-kira 20 juta penduduk di ibu negara India ini dikesan masih berupaya mendapatkan bekalan mercun dan membakarnya pada waktu larut malam atau awal pagi.
Bagaimanapun, stesen penyiaran NDTV melaporkan tahap pencemaran di Delhi selepas sambutan Deepavali, semalam, adalah yang terendah dalam tempoh empat tahun.
Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal, berkata penduduk ‘berusaha sedaya upaya’ dalam usaha menangani isu berkenaan dan hasilnya adalah menggalakkan.
“Namun, perjalanan usaha itu masih jauh,” ciapnya pada awal pagi tadi.
Sambutan Deepavali diraikan pada masa lebih kurang sama dengan jangka waktu petani di negeri jiran membakar jerami selepas musim menuai.
Asap mercun yang bergabung dengan kepulan pembakaran di ladang dan pelepasan gas industri serta kenderaan, menyumbang kepada udara beracun yang disalahkan sebagai punca kadar tinggi kematian pramatang.
Menurut laporan Lancet pada 2020, hampir 17,500 penduduk meninggal dunia di Delhi pada 2019 akibat pencemaran udara. – AFP
Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…
Bakar mercun sempena Deepavali, New Delhi diselubungi asap beracun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRU 15: Sekali Lagi BN Sabah Akan Di Khianati PPBM/GRS
- YB Beliau Akan Bertanding Di PRU 15 Di Atas Tiket PH Melaka
- Zulpuri ‘lari’ ke Parlimen Lipis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Secara Tiba Tiba Anwar Mengaku Sebagai Orang Perak, Bior Betoi Yop…