Pelarian Rohingya semakin terbuka guna perancang keluarga


Pelarian Rohingya semakin terbuka guna perancang keluarga

Pelarian Rohingya semakin terbuka guna perancang keluarga

KUTUPALONG: Pelarian Rohingya yang berlaindung di beberapa kem pelarian di Bangladesh ketika ini semakin terbuka untuk menggunakan perancang keluarga bagi mengawal kelahiran.

Hal ini kerana, keadaan di kem pelarian yang semakin sesak, selain kebanyakannya masih tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa depan mereka.



Dianggarkan dua per tiga pasangan suami isteri pelarian Rohingya kini menggunakan keadah perancang keluarga, iaitu menunjukkan peningkatan daripada sifar pada lima tahun lalu.

“Anak merupakan anugerah dari Tuhan, namun dengan keadaan ketika ini, saya tidak mahu anak-anak saya menjalani kehidupan yang daif dan terdesak,” kata seorang pelarian yang dikenali sebagai Abdur Rashid.

Beberapa tahun sebelum ini, pelarian Rohingya percaya perancang kehamilan bertentangan dengan nilai kehidupan mereka.

Golongan itu berpendapat, adalah salah untuk mengawal dan menolak anak yang merupakan anugerah Tuhan.



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sebanyak 190,000 ‘temu janji perancang kehamilan’ di buat dengan pakar sakit puan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini melibatkan jutaan pelarian di beberapa kem di negara ini.

Temu janji itu termasuk segelintir golongan wanita yang ingin menggugurkan kandungan kerana mereka ‘sudah tidak mampu’ untuk membesarkan anak-anak.

“Siapa yang tidak mahukan anak, saya juga begitu, tapi dengan keadaan sekarang, mungkin saya perlu tangguhkan dahulu hasrat untuk menambah cahaya mata,” kata pelarian wanita yang dikenali sebagai Noorjahan Begum, 25.



Terdahulu, lebih sejuta pelarian Rohingya melarikan diri dari negeri Rakhine berikutan operasi ketenteraan Myanmar yang membakar penermpatan mereka, selain membunuh dan merogol wanita Rohingya. – AFP

Kekasih Hati Katering Akhirnya kena tangkap.

Pelarian Rohingya semakin terbuka guna perancang keluarga


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button