Resepi Kek Pisang
Kali ni Che Nom kembali dengan Edisi Niaga, berkongsi resepi kek pisang klasik yang tak jemu dimakan dan tak lapok dek zaman. Cara penyediaan kek pisang ni agak mudah sebenarnya, boleh adun guna blender aja.
Dan Che Nom akan kongsi resepi untuk hasilkan kek pisang yang lembab, gebu dan lembut. Ada sedikit perbezaan dari resepi asal yang Che Nom pernah share dulu, yang penting lah untuk dapatkan rasa kek pisang yang premium. Che Nom juga ada bagi tip macam mana nak letak hiasan pisang di atas kek dan cara untuk pastikan kek betul-betul masak, sila rujuk di bahagian tip ya.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan kek pisang:
- 1/2 cawan /100g gula kastor
- 1/2 cawan /110g gula perang
- ***boleh kurangkan gula jika suka kurang manis
- 4 biji telur saiz B (kalau saiz A 3 biji)
- 1/2 cawan /125g mentega
- 1/2 cawan /125g minyak sayur
- 4 biji pisang (saiz sederhana) atau 1 cawan pisang lecek
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1/2 sudu kecil garam (jika guna mentega tak bergaram)
- 1 1/2 cawan / 190g tepung gandum
- 1 sudu kecil baking soda
- 1 1/2 sudu kecil baking powder
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk kek pisang:
- Kupas kulit pisang dan tekan pisang sampai hancur.
- Cairkan butter.
- Ayak tepung gandum, baking soda dan baking powder. Ketepikan.
- Masukkan gula putih, gula perang dan telur dalam food processor (atau blander) . Kisar sampai berubah warna cerah sikit (kisar anggaran 1 minit).
- Masukkan mentega cair dan minyak sayur. Putar lagi anggaran 30-45 saat.
- Masukkan pisang lenyek, esen vanilla dan garam (kalau guna mentega tak bergaram). Putar lagi sampai kembang dan berubah warna.
- Tuang sikit demi sedikit adunan kisar tadi kedalam adunan kering dan gaul sebati.
- Gris loyang (8 x 8 inci) dengan majerin dan alas dengan kertas baking.
- Potong nipis pisang (untuk hiasan).
- Panaskan oven suhu 160⁰c.
- Tuang adunan kedalam loyang.
- Susun kepinggan pisang atas adunan (boleh tambah chocolate chip kalau suka).
- Masukkan kedalam oven dan bakar selama 40-45 minit dengan suhu 160⁰C (suhu boleh laras mengikut kesesuaian oven masing-masing).
- Keluarkan kek dan sejukkan.
Tip:
- Pastikan potong pisang nipis dan letak kepinggan pisang masa dekat nak masuk oven, kalau terlebih awal takut pisang tenggelam kebawah masa bakar.
- Kalau masa bakar kek bahagian atas cepat perang, boleh turunkan suhu dan bakar lebih lama.
- Untuk check kek dah masak, boleh cucuk dengan lidi, kalau lidi tak basah dan melekat maknanya kek dah masak.
Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara
Resepi Kek Pisang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Annuar Musa masih perlu buktikan dakwaan
- Muhyiddin pasti dipinggirkan apabila didakwa nanti.
- UMNO buang Kitol2 nya.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara