Kek Coklat Moist Leleh

Kek Coklat Moist Leleh
Kek Coklat Moist Leleh

 

Kek Coklat Moist yang memang sangat popular dan menjadi kegemaran ramai. Nak membuatnya tidak susah juga boleh dikomersialkan dalam pelbagai saiz dan bentuk untuk berniaga.

Bahan asasnya ialah kek coklat yang dikukus. Hasilnya memang kek yg sangat lembap dan lembut. Kalau nak bakar pun boleh. Kemudian, kita sediakan pula adunan coklat ganache untuk dituang ke atas kek coklat serta boleh dihias mengikut kreativiti masing-masing. Kombinasi kek dan coklat ganache memang sangat terbaik.

Resepi ini akan menghasilkan kek coklat moist yang premium walaupun kita guna bahan-bahan yg tak terlalu mahal jika anda mengikuti jenama bahan2 yang Che Nom gunakan. Kalau nak tau jom tengok resepi ni sampai habis ok.



Nota: Kalau nak bakar, suhu oven 160°C masa 18-25 minit atau ikut kesesuaian oven masing-masing. Pastikan guna bekas aluminium jika bakar.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk kek:
    • 4 biji telur
    • 1 cwn gula kastor
    • 1 sk esen vanila
    • 1/2 cwn susu pekat
    • 1 +1/4 cwn tepung gandum
    • 1 cwn serbuk koko
    • 1 sk soda bikarbonat
    • 1 sk serbuk penaik
    • 1/4 sk garam halus
    • 1 cwn susu krim penuh
    • 1 cwn minyak jagung
    • 1/2 sk serbuk kopi segera
    • 1 sb air panas
  • Bahan-bahan untuk coklat ganache:
    • 350g coklat gelap compound
    • 1 cwn susu cair
    • 3 sb mentega

 



Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk kek:
    1. Sukat tepung gandum, serbuk koko, baking powder, baking soda dan garam halus.
    2. Ayak kesemua bahan kering tadi dan ketepikan.
    3. Pecahkan telur dan pukul dengan gula.
    4. Masukkan esen vanilla dan sambung pukul sampai adunan kuning pucat.
    5. Masukkan susu pekat dan kacau lagi anggaran 2-3 minit.
    6. Masukkan adunan kering (yang ayak tadi) sedikit demi sedikit. Kacau sampai sebati.
    7. Masuk susu full cream dan kacau sebati
    8. Masukkan minyak jagung (boleh ganti dengan minyak sayuran, minyak canola atau minyak sawit) tujuan untuk lembabkan kek, kalau tidak kek akan kering.
    9. Tambah sedikit air kopi dan kacau sebati.
    10. Untuk bekas kek, Che Nom guna bekas plastik petak SQ450, hasilnya 7 bekas. Kalau nak bakar kek dalam oven boleh ganti dengan bekas aluminium.
    11. Senduk masuk adunan kek kedalam bekas, anggaran 3/4 penuh.
    12. Susun bekas dalam pengukus kemudian tutup dengan aluminium foil (takut wap air menitik kedalam kek).
    13. Kukus kek selama 15-20 minit atau sampai kek masak.
    14. Cucuk kek dengan lidi untuk test kek dah masak atau belum. Kalau lidi bersih maknanya kek dah masak kalau belum, sambung kukus 10 minit.
    15. Bila kek dah masak sejukkan.
  2. Cara-cara untuk coklat ganache:
    1. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
    2. Letak mangkuk kaca (yang tahan panas) atas periuk tadi (double boil).
    3. Masukkan coklat dan mentega dalam mangkuk kaca.
    4. Kacau sampai coklat dan mentega cair.
    5. Masukkan susu cair (boleh ganti whipping cream untuk texture yang lebih sedap) dan air kopi. Kacau sampai coklat sebati.
    6. Tuang masuk coklat ganache atas sampai penuh bekas.
    7. Tabur coklat rice sebagai hiasan.

 

Tip:

 

  • Masa pukul adunan kek, kalau nak senang sebati, masuk adunan kering sedikit demi sedikit dan mula kacau dari tengah mangkuk sampai larut dan baru kacau sampai ketepi.
  • Sebelum kukus tutup kek dengan aluminium foil (takut wap air menitik kedalam kek), kalau guna pengukus klasik balut penutup dengan kain.
  • Untuk double boil coklat, pastikan mangkuk tak kena permukaan air. Kita nak cairkan coklat dengan wap bukan rebus atas air. Kalau masak dengan suhu yang terlalu panas nanti coklat rosak, tak cair, berketul atau keras.
  • Untuk susu dalam coklat ganache boleh ganti dengan whipping cream. Texture coklat lebih cantik kalau guna whipping cream tapi kalau nak jimat boleh guna susu cair saja.

Nasi Minyak Kenduri



 

Kek Coklat Moist Leleh

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading