Nasi Minyak Kenduri



 

Nasi Minyak Kenduri
Nasi Minyak Kenduri

Nasi Minyak Kenduri

Jom kita tengok cara penyediaan nasi minyak style kenduri yang gerenti jadi. Hasil nasi minyak dari resepi dan cara ini sangat lembut dan fluffy, memang sebiji-sebiji berderai jadinya.

Dari segi rasa pula, seakan sama seperti nasi minyak kenduri. Sebelum ini Che Nom dah pernah share resepi Ayam masak merah versi baru (versi 2.0), dan seperti yang dijanjikan kali ni resepi nasi minyak lah pulak.

Dimulai dengan proses sediakan bahan tumis, kemudian proses rendam beras dan kepada penerangan nisbah sukatan beras & air (ini ramai yang masih keliru). Cara masakan ni memang ikut cara yang biasa Che Nom buat. Hasilnya Insyallah tak menghampakan.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan nasi minyak:
    • 3 cwn beras basmathi
    • 3 1/2 cwn air
    • 1 cwn susu cair
    • 3 sb minyak sapi
    • 2 sb minyak masak
    • 1/2 biji bawang besar
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 biji bawang merah
    • 2 inci halia
    • 1 helai daun pandan
    • Rempah 4 sekawan
    • 1/4 cwn kismis
    • 1 sk gula
    • Garam secukup rasa
    • Pewarna kuning/oren
    • Bawang goreng
    • Gajus
    • Daun ketumbar
  • Bahan-bahan rempah 4 sekawan:
    • 1 batang kayu manis
    • 4 biji buah pelaga
    • 4 kuntum bunga cengkih
    • 1 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk nasi minyak:
    1. Potong bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Halia hiris tebal dan ketuk kasar.
    2. Daun pandan carik dan simpul.
    3. Tumbuk halus bawang merah dan bawang putih
    4. Rendam beras (kurang dari 30 minit), basuh dan toskan air.
    5. Panaskan minyak sapi dan minyak masak
    6. Tumis rempah 4 sekawan.
    7. Masukkan bawang tumbuk, daun pandan, hirisan halia dan bawang besar. Kacau sampai bawang besar layu.
    8. Masukkan kismis dan kacau sekejap.
    9. Masukkan beras dan goreng sekejap.
    10. Masukkan air, garam, susu cair dan gula. Kacau sebati.
    11. Pindah masuk kedalam pressure cooker / periuk nasi.
    12. Selepas nasi dah masak, cucuk dan buat lubang kemudian titis masuk pewarna oren dan biarkan 10 minit.
    13. Sapu dekat bahagian atas nasi dengan minyak sapi (1 sudu besar).
    14. Keluarkan hirisan halia dan daun pandan.
    15. Hidang bersama bawang goreng, kacang gajus dan daun ketumbar.

Tip:

  • Gunakan cawan yang sama untuk sukat beras, air dan susu cair.
  • Untuk dapatkan nasi yang tak melekat dan sebiji-sebiji berderai, Che Nom goreng dulu beras masa menumis, beras akan bersalut rata dengan minyak sebelum kita masukkan air.

Bihun Sup Tulang Utara Special

Nasi Minyak Kenduri

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kejatuhan Ringgit Hari Ini Adalah Naratif Kesan Berpanjangan Kegagalan Mahathir & PH Sejak 2018

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker