Tiga beradik heret bagasi di Seri Iskandar [VIDEO]
Bahayakan diri demi Peranti Siswa, pukul 3 pagi merayau cari hotel...
Tiga beradik heret bagasi di Seri Iskandar [VIDEO]
Dalam satu video tular di TikTok, Norsyahira Yusri, 23, dan adik-beradiknya dilihat berjalan tanpa hala-tuju dalam kegelapan malam selepas tiba dari Johor Bahru, Johor.
“Kami pergi ke Seri Iskandar sebab adik saya yang ketiga nak ambil peranti siswa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar.
“Perjalanan ke Seri Iskandar ada dua waktu sahaja, waktu pagi dan malam. Jadi, kami bercadang ambil bas waktu malam memandangkan ia perjalanan yang sangat jauh.
“Kami naik bas sekitar jam 9.30 malam dan dijangka sampai pada pukul 5.30 pagi. Sudah dekat dengan subuh dan beberapa jam lepas tu dah boleh selesaikan urusan,” ceritanya ketika dihubungi mStar.
Namun begitu sebagai manusia, mereka hanya mampu merancang kerana ditakdirkan perjalanan tiga beradik itu tiba lebih awal daripada yang disangkakan.
“Pemandu bas memandu dengan sangat laju yang menyebabkan kami sampai awal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Annuar Musa masih perlu buktikan dakwaan
- Muhyiddin pasti dipinggirkan apabila didakwa nanti.
- UMNO buang Kitol2 nya.
Keheningan malam di Seri Iskandar.”Kami sepatutnya sampai pada pukul 5.30 pagi tapi lebih kurang pukul 3 pagi kami dah sampai Stesen Bas Seri Iskandar.
“Kami ada book penginapan dekat Hotel Oyo pukul 2 petang. Ingat nak lepak dulu dekat area Hotel Oyo, tapi e-hailing dan teksi semua tak ada waktu itu,” ujarnya.
Selain itu, mereka tidak mempunyai saudara-mara terdekat atau rakan-rakan di sekitar Seri Iskandar yang boleh dihubungi.
Maka bermulalah pengembaraan sulung mereka yang pasti akan tersemat dalam kenangan sehingga ke akhir hayat.
Oleh kerana tak ada kenderaan, kami terpaksa jalan juga.
NORSYAHIRA YUSRI
“Itu yang tercetusnya idea berjalan kaki dari terminal bas ke D’hotel. Kami jumpa D’hotel ini daripada carian di Google. D’hotel ni kami tengok boleh check-in awal.
“Oleh kerana tak ada kenderaan, kami terpaksa jalan juga. Kami rasa takut dengan keadaan yang gelap dan sunyi sepi. Kena ada tempat berteduh juga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Annuar Musa Cuba Membunuh Karier Muhyiddin Dan Membawa UMNO Ke Dalam PN?
- Pemimpin PPBM Akui Muhyiddin Penghalang Utama Kerjasama Dengan BN
- Kerjasama UMNO Dan Pakatan Harapan Sangat Di Takuti Perikatan Nasional
“Apabila sampai di D’hotel, kami pergi makan di sebuah restoran dan selepas itu adik saya tidur di kaki lima di hadapan kedai kosong manakala saya tolong tengokkan barang.
“Apabila pukul 6 pagi, saya terus pergi D’hotel untuk check-in,” ceritanya.
Kata Syahira perjalanan yang bermula kira-kira pukul 3 pagi berakhir sekitar 5.30 pagiMelihat sekumpulan remaja awal 20-an berjalan tanpa penjaga atau ibu bapa di bawah limpahan cahaya bulan pasti buat ramai tertanya-tanya.Menurut Syahira, muncul pasangan suami isteri yang menawarkan untuk menumpangkan mereka tetapi ditolak kerana sudah hampir dengan destinasi.”Ramai yang pelik sebab kami dua orang perempuan dan seorang lelaki jalan di situ lewat malam sambil tarik bagasi. “Ada juga sepasang suami isteri dengan bayi kecil, mereka bawa kereta ke arah kami dalam keadaan perlahan. Rupanya mereka ingin tumpangkan kami kerana kesian kami berjalan jauh.“Tapi saya tolak juga kerana sudah dekat dengan D’hotel,” kata Syahira.
Walaupun pengembaraan mereka itu mempunyai risiko keselamatan yang tinggi, tetapi Syahira menyatakan dia dan adik-beradiknya menganggap itu sebagai satu memori.
“Seronok sebab dapat pengalaman yang tidak dijangka dan berharga bersama adik. Kami juga merancang untuk pergi ke Ipoh bersiar-siar keesokan harinya.
“Tapi nasihat saya buatlah travel itinerary walaupun dalam Malaysia sahaja. Rancang perjalanan anda agar tidak menyesal kemudian hari,” katanya mengakhiri bicara.
Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?
Tiga beradik heret bagasi di Seri Iskandar [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- NGO Muafakat Nasional Tidak Membawa Perjuangan Sebenar Muafakat Nasional Asal
- Usaha Membatalkan UMNO Di Era Ismail Sabri Terbongkar
- Parti Bunga layu dan longlai tanpa kuasa , bakal pupus
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Tidak Akan Di Pertandingkan?