Minah Salih dapat aneka jawapan selepas pelik kenapa Malaysia banyak jual baju winter [VIDEO]
Pejabat kami sangat sejuk!
Minah Salih dapat aneka jawapan selepas pelik kenapa Malaysia banyak jual baju winter [VIDEO]
JUALAN akhir tahun kembali lagi!
Maka tidak hairanlah pusat beli belah kini menjadi tumpuan orang ramai untuk berbelanja.
Pelbagai barangan dijual dengan tawaran harga menarik, asalkan ada duit segalanya boleh dibeli.
Namun, seorang warga asing menjadi tumpuan di laman sosial apabila berkongsi video mengenai beberapa premis yang menjual baju sejuk.
Timbul pertanyaan dalam dirinya kerana Malaysia bukanlah negara empat musim yang memerlukan pemakaian baju tebal pada musim sejuk.
“I was wondering… why do stores sell so many winter clothes? (Saya tertanya-tanya kenapa kedai-kedai di Malaysia menjual banyak baju musim sejuk),” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Perdagangkan Hukum Talak Untuk Kepentingan Politik
- Isu Projek Tebatan Banjir: Tuan Ibrahim Perlu Jawab Pendedahan Sabahkini
- Adam Adli masuk Kementerian KBS dengan Langkah kiri.
Lebih dikenali sebagai Nicole, katanya, suhu di Malaysia bukannya di 23 atau 25 darjah Celsius yang memerlukan pemakaian baju sejuk.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi, termasuk memberi jawapan terhadap persoalannya.
Ini termasuk jawapan-jawapan pelik, tidak masuk akal malah melucukan.“Hanya untuk fesyen.
“Sebab pejabat kami sangat sejuk, macam di Antartika (Kutub Selatan).
“Genting Highlands dan Cameron Highlands sejuk.
“Sebab setiap hujung minggu kita naik ke puncak Genting Highlands.
“Tengok filem dalam pawagam,” demikian antara komen netizen.
Segelintir netizen turut memberitahu bahawa pakaian musim sejuk dijual di negara ini memandangkan rakyat Malaysia akan memakainya untuk bercuti ke negara-negara empat musim seperti di Eropah.
“Malaysia ada ramai orang kaya yang mahu travel ke luar negara waktu musim sejuk.
Kita ada banyak duit pergi travel ke negara-negara sejuk setiap tahun.
NETIZEN
“Kita ada banyak duit pergi travel ke negara-negara sejuk setiap tahun.
“Ini kerana rakyat Malaysia travel ke luar negara ke negara-negara sejuk. Adakah anda fikir mereka ke London dengan memakai kemeja polo dan seluar pendek?” komen mereka.
“Kami tak boleh beritahu anda. Ia adalah ‘rahsia’ negara’,” katanya.
Video yang dimuat naik Nicole di TikTok itu meraih lebih 900,000 tontonan.
SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.
Minah Salih dapat aneka jawapan selepas pelik kenapa Malaysia banyak jual baju winter [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah PPBM sedang dilanda konflik dalaman?
- Zeti tidak pernah ‘masak sup’, hanya ‘hirup sup’.
- Semakan kehakiman kes Datuk Seri Najib patut dibuat secara langsung.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
SPRM perlu soal siasat doktor beri Cuti sakit kepada Zeti , sama seperti siasat Rosmah.