Resepi Kek Pandan Marble

Resepi Kek Pandan Marble
Resepi Kek Pandan Marble

 

Resepi Kek Pandan Marble, tekstur yang lembab dan mudah disediakan.

 

Bahan-bahan:

 



  • 1 cawan (225g) gula kastor
  • 1 3/4 cawan (225g) tepung naik sendiri, diayak
  • 1 cawan (225g) mentega, salted butter
  • 4 biji telur saiz A
  • 3 sudu besar susu full cream
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko, diayak
  • 2 sudu besar pandan emulco

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang dan warna bertukar pucat keputihan.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan putar. Pastikan telur adalah pada suhu bilik. Putar sehingga adunan menjadi kembang dan sebati.
  3. Kemudian masukkan esen vanila, tepung yang telah diayak dan susu. Kacau mengunakan spatula dengan lembut pada langkan terakhir ini. Pastikan tepung dimasukkan sedikit demi sedikit. .
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian dan campurkan dengan pandan emulco. Kacau sebati.
  5. Ambil satu bahagian lagi, kacau bersama serbuk koko yang telah diayak.
  6. Di dalam tin kek berukuran 20 cm, griskan dengan butter dan lapikkan bahagian bawah tin dengan kertas parchment.
  7. Sudukan 1 bahagian pandan dan diselang selikan dengan 1 bahagian coklat. sudukan sehingga adunan habis. Gunakan lidi untuk membuat bentul ‘swirl’ supaya mendapat corak marble beberapa pusingan.Hentakkan tin kek beberapa kali supaya gelembung udara keluar.
  8. Bakar dalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 170 degree celcius selama 45-50 minit.
  9. Angkat, sejukkan di atas rak penyejuk dan hidang.

 

Tip:

 



  • Suhu oven juga adalah sebenarnya bergantung kepada oven masing-masing. Jangan terpalu panas kerana kek boleh menjadi merekah.

Resepi Kek Marble Lembap

Resepi Kek Pandan Marble



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button