China kerah 71 pesawat, 7 kapal ke Taiwan dalam tempoh 24 jam

China kerah 71 pesawat, 7 kapal ke Taiwan dalam tempoh 24 jam

China kerah 71 pesawat, 7 kapal ke Taiwan dalam tempoh 24 jam

TAIPEI: Tentera China menghantar 71 pesawat dan tujuh kapal ke Taiwan dalam tempoh 24 jam, di bawah operasi ketenteraan bertujuan memberi amaran atau menakut-nakutkan pihak lawan, kata Kementerian Pertahanan Taiwan hari ini.

Tindakan itu dilakukan selepas China menyatakan kemarahan terhadap peruntukan kepada Taiwan dalam perbelanjaan pertahanan tahunan Amerika Syarikat (AS) menerusi rang undang-undang (RUU) yang diluluskan pada Sabtu lalu.



Kenyataannya itu merujuk kepada RUU perbelanjaan pertahanan AS, yang menyebut China sebagai cabaran strategik.

Gangguan tentera China terhadap Taiwan yang diperintah sendiri tetapi didakwa China sebagai wilayahnya sendiri, meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan tentera China dilaporkan menghantar pesawat atau kapal ke pulau itu hampir setiap hari.

Menurut Kementerian Pertahanan Taiwan, antara 6 pagi sejak semalam dan 6 pagi tadi, 47 pesawat China melintasi median Selat Taiwan, iaitu sempadan tidak rasmi yang pernah diterima tanpa bantahan oleh kedua-dua pihak.

Antara pesawat yang dihantar China ke Taiwan ialah 18 jet pejuang J-16, 11 pesawat pejuang J-1, enam pesawat pejuang Su-30 dan dron.



Taiwan berkata, pihaknya memantau pergerakan China melalui sistem peluru berpandu berasaskan darat serta kapal tentera lautnya sendiri.

“Ini adalah tindak balas tegas terhadap peningkatan dan provokasi semasa AS-Taiwan,” kata jurucakap Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), Shi Yi, dalam satu kenyataan semalam.

Ia mengumumkan, PLA sedang mengadakan rondaan tempur bersama dan latihan serangan bersama di perairan sekitar Taiwan. – AP

Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?



China kerah 71 pesawat, 7 kapal ke Taiwan dalam tempoh 24 jam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button