Resepi Kari Sotong Sedap
Resepi Kari Sotong yang selalu disediakan oleh bonda Che Nom masa dulu-dulu, sangat sedap jika dimakan bersama nasi putih sahaja tanpa lauk lain. Dalam resepi ni, Che Nom tambah serbuk cili supaya kuah kari tidak terasa muak, sebab memang kari sotong sangat sedap jika kuahnya pedas. Sangat penting dalam masakan kari cara melayu ialah bancuh serbuk kari bersama sedikit air dan masak sehingga pecah minyak. Tapi jangan sampai hangus pula sebab nanti kari akan terasa pahit. Untuk bahan tumbuk pula, jika tak ada lesung batu boleh aja dihiris nipis bahan-bahan tersebut. Jika perlu bantuan anda boleh ajuka soalan di ruangan komen,
Che Nom akan cuba jawab ye.
Bahan-bahan:
- 8-10 ekor sotong, anggaran
- 1 senduk minyak masak
- 2 1/2 sudu besar rempah kari udang atau ikan
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 cawan santan cair
- 1 cawan santan pekat
- 6 batang sayur bendi
- 1 biji tomato, belah 4
- 3 sudu besar pati asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- Bahan untuk tumbuk halus:
- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Bahan untuk rempah tumis
- 1 batang kayu manis
- 1 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 1 sudu kecil halba campur
- 1 tangkai daun kari
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan tumbuk halus. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan bancuhan pes rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.
- Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit. Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih.
- Masukkan pula santan pekat, bendi dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.
Kari Sotong Nasi Kandar Penang
Resepi Kari Sotong Sedap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kalah Dalam PRU 15 Tapi Pemilihan UMNO Menjadi Perhatian
- Kepentingan Telekom Di Menara KL Di Jual Murah Kepada Syarikat Bermasalah, Kroni Siapa?
- Pemilihan UMNO : Siapa calon proksi Muhyiddin dan Mahathir?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
SPRM Hadapi Zaman Sibuk, Lepas Siasat RM92.5 Bilion, Fail ‘Mark Up’ Projek YTL Di Sabah Menunggu