Lebih 50,000 terkandas di Manila

Lebih 50,000 terkandas di Manila

Lebih 50,000 terkandas di Manila
SEJUMLAH penumpang menunggu maklumat mengenai jadual penerbangan mereka selepas berlaku gangguan bekalan elektrik di lapangan terbang Manila, Filipina. – AFP

MANILA: Berpuluh ribu pelancong terkandas di lapangan terbang Filipina kelmarin, selepas ratusan penerbangan dibatalkan, ditangguhkan atau dijadual semula akibat gangguan bekalan elektrik.

Gangguan itu menyebabkan peralatan komunikasi dan radar terputus di Manila, sekali gus membahayakan penerbangan.

Masalah itu dikesan oleh pihak berkuasa penerbangan selepas mendapati ‘masalah teknikal’ melibatkan pusat pengurusan trafik udara di lapangan terbang domestik dan antarabangsa Manila.



Keadaan itu menyebabkan 56,000 penumpang terjejas, selain berlaku kekecohan di kaunter daftar masuk di seluruh Filipina apabila ribuan orang cuba menempah semula tiket atau mencari masa penerbangan yang lain.

Penumpang yang menaiki pesawat sebelum gangguan itu bermula juga diarahkan menunggu selama berjam-jam sebelum dibenarkan turun ke terminal.

Gangguan itu berlaku apabila orang ramai mula kembali ke ibu negara untuk bekerja dan bersekolah selepas cuti Krismas dan Tahun Baharu.

Dalam pada itu, keadaan dapat dipulihkan sebahagiannya pada pukul 4 petang waktu tempatan dan penerbangan mula beroperasi semula.



Insiden itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penumpang yang berasa kesal kerana mereka tidak dimaklumkan dengan lanjut berhubung masalah yang berlaku. – AFP

25 maut banjir di Filipina

Lebih 50,000 terkandas di Manila

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Gelombang Covid-19: Kerajaan Tidak Boleh Ulangi Kesilapan Kerajaan PH & PN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button