25 maut banjir di Filipina

25 maut banjir di Filipina

25 maut banjir di Filipina

MANILA: Hujan lebat dan banjir yang melanda selatan Filipina sejak hujung minggu lalu sudah meragut 25 nyawa penduduk setakat ini.

Dilaporkan, 16 daripada 25 kematian berlaku di bahagian selatan wilayah Mindanao Utara.



Bencana yang berlaku ketika sambutan Hari Krismas turut menyebabkan 26 individu lain masih hilang dan sembilan yang lain cedera.

Majlis Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan melaporkan hampir 40,000 penduduk terjejas, manakala lebih 81,000 orang masih ditempatkan di pusat perlindungan.

Banjir yang berlaku dikatakan mencecah paras dada sehingga menyebabkan 1,196 kediaman rosak, 123 jalan dan 12 jambatan terjejas.

Beberapa kawasan juga masih berdepan gangguan bekalan elektrik dan saluran air bersih.



Pihak berkuasa turut menjalankan pemantauan di udara khususnya di Misamis Occidental yang terjejas teruk bagi menilai tahap kerosakan.

Hujung minggu lalu, perubahan cuaca berlaku sangat ketara sehingga mengundang risiko bencana, ketika 110 juta penduduk bersedia menyambut cuti Krismas.

Filipina disenaraikan sebagai antara negara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim.

Saintis turut memberi amaran ribut akan menjadi lebih kuat apabila dunia semakin panas.-AGENSI



Trauma tragedi kepala air, mangsa banjir segera pindah

25 maut banjir di Filipina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Skandal Menara KL: Annuar Musa Tidak Perlu Menggelabah, Biarkan SPRM Siasat





DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button