Chew Kin Wah – Kongsi Pengalaman Berlakon Di Indonesia
Luah Rasa; “Di Sini Watak Saya Contohnya Tauke Kedai Runcit.”
Chew Kin Wah – Kongsi Pengalaman Berlakon Di Indonesia
Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, baik lagi negeri sendiri. Itulah semangat kecintaan yang ditunjukkan oleh pelakon, Chew Kin Wah terhadap industri seni tanah air meskipun sudah selesa mengembangkan kerjayanya di Indonesia.
Bakal membawakan watak sebagai Tabib Chan Teck Tuck menerusi drama Lagenda Puteri Qaseh, Kin Wah berharap agar penerbit dan pengarah tempatan tidak terkeliru tentang keberadaannya.
“Saya rasa banyak rumah produksi yang tak tahu saya masih menetap di Malaysia. Dalam fikiran mereka, saya sudah duduk di sana. Saya masih lagi pemegang passport merah.
“Malaysia tanah tumpah darahku. Saya hanya pergi ke Indonesia jika ada tawaran kerja. Tawaran daripada Redcom memang lumayan bukan sahaja daripada aspek wang tetapi juga jalan cerita.
“Ini pertama kali saya berlakon di saluran Astro Ceria. Mungkin sebab muka saya bengis dan sebab itu saya selalu dapat watak antagonis,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, pelakon berusia 57 tahun itu turut mendedahkan suasana kerja di Malaysia dan Indonesia tidak mempunyai banyak perbezaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
- Saingan sengit Naib Presiden Umno
- Sistem kehakiman Malaysia setara Junta Mynmar jika Kes Najiib diadu ke United Nation.
“Pada saya sama sahaja. Ada baik dan buruknya. Ada production house yang sangat bagus begitu juga sebaliknya. Saya amat bertuah kerana berkesempatan untuk bekerja dengan production house yang baik-baik semuanya.
“Sudah tentu saya lagi suka bekerja di Malaysia. Keluarga dan kawan-kawan saya semua ada di sini,” ujarnya lagi.
Bercakap soal bayaran pula, Kin Wah akui tawaran di Indonesia sememangnya lebih lumayan disebabkan beberapa faktor.
“Bayaran berlakon di Indonesia memang lumayan tetapi harus diingat kos sara hidup di sana juga sangat tinggi.
“Kos makan minum juga lagi mahal daripada Malaysia. Cukainya sangat tinggi. Jadi, kita kena merancang dengan betul segala perbelanjaan sepanjang di sana. Nak makan dekat mana? Menginap di hotel mana? Semua kena ambil kira,” kongsinya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Team ‘The Alternative’ kuasai pemilihan Umno
- Yang WAJIB Di Tukar Ialah Ketua Bahagian, Bukan Presiden & Timbalan Presiden UMNO
- Makin Kuat RPK Meroyan, Tuduh UMNO Sengaja Kalah PRU 15 Untuk Gulingkan Ismail Sabri
Bagaimanapun, Kin Wah akui dirinya sedikit kecewa kerana kebanyakkan watak yang ditawarkan untuk berlakon di dalam karya tempatan agak kurang mencabar.
“Di Indonesia, saya dapat tawaran untuk berlakon pelbagai jenis watak. Saya dapat watak jurulatih badminton dan berpeluang berlakon karya sastra di sana.
“Mungkin penulisan cerita di sini belum berkembang seperti di sana tapi sekarang, saya tak tahu. Seperti yang anda tahu, filem atau drama di sini ada pecahan mengikut bangsa.
“Kalau dalam karya tempatan, watak yang saya akan bawakan contohnya adalah tauke kedai runcit. Itu sahaja. Saya akui memang agak kecewa tapi sebab nak ‘cari makan’, saya buat sahaja,” akhirinya.
Di Indonesia, Kin Wah telah membintangi filem-filem seperti Cek Toko Sebelah, My Stupid Boss dan Susah Sinyal.
Terdahulu, lagenda Puteri Kasih bakal bersiaran bermula 9 Januari ini di saluran Astro Ceria atau melalui platform on demand.
Selain Kin Wah, drama ini turut dibintangi pelakon seperi Qasrina Karim, Datuk Yusry dan Datin Lisa Surihani.
Chew Kin Wah – Kongsi Pengalaman Berlakon Di Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azalina bakal tawar diri Naib Presiden?
- Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :