Resepi Nugget Ayam
Kali ni Che Nom nak share resepi nugget ayam homemade yang memang sedap. Kalau kita buat sendiri dan lebih sihat. Boleh letak isi ayam segar tanpa lemak, boleh kawal penggunaan perasa dan juga garam mengikut citarasa kita sendiri.
Bahan utama ialah ayam bahagian isi dada, dan kita gaul dengan roti putih. Idea yang bagus juga untuk habiskan roti takut expired. Selepas itu kisar bersama bahan-bahan tambahan lain sehingga halus. Kemudian kukus smpai masak dan baru lah kita potong serta salut dengan tepung roti supaya dapat texture seperti nugget yang dibeli.
Hasilnya nugget yang lembut di dalam, sedap secukup rasa dan rangup di luar. Jom lah cuba.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan isi nugget:
- 500g isi ayam
- 4 keping roti
- 1/2 cwn /125ml susu full cream
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang merah kecil
- 1 sk serbuk lada putih
- 1 sk serbuk lada hitam
- 1/2 sk serbuk cayenne atau paprika
- 1/2 sk herba Itali (pilihan)
- 4 sb tepung ubi
- 1 sk serbuk penaik
- 1/2 sk garam
- Bahan-bahan salutan:
- 2 biji telur
- Tepung gandum
- Serbuk roti
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk isi nugget:
- Potong kasar roti. Masukkan roti dan susu dalam mangkuk. Tekan-tekan roti biar serap sebati.
- Parut halus bawang putih dan bawang merah kecil.
- Isi ayam trim buang tulang dan lemak kemudian potong kepada ketulan kecil.
- Masuk dalam food processor isi ayam, roti yand direndam, serbuk lada putih, bawang parut, serbuk cayenne atau paprika, serbuk lada hitam, herba itali (pilihan) dan garam. Kisar sampai halus.
- Masukkan tepung ubi dan baking powder. Sambung kisar halus semua bahan.
- Gris loyang (loyang 7×7 inci) dengan minyak masak.
- Pindah masuk isi ayam kisar kedalam loyang. Ratakan dengan tangan (untuk mudah, lumur tangan dengan minyak sebelum ratakan).
- Kukus anggaran masa 20 minit.
- Keluarkan dan biarkan sejuk.
- Potong atau terap isi nugget mengikut cita rasa masing-masing (Che Nom potong kepada 24 bahagian kemudian belah lagi 2, hasilnya 48 biji).
- Cara-cara untuk salutan:
- Pecahkan telur. Masukkan garam dan pukul sebati.
- Salut isi nugget dengan tepung gandum.
- Celup dalam telur. Toskan lebihan telur.
- Salut sebati dengan serbuk roti.
- Goreng nugget dalam minyak separuh tenggelam.
- Angkat dan hidang bersama sos cili dan mayonis.
Tip:
- Tujuan letak roti supaya nugget mudah terbentuk, tak kering dan tak berderai bila proses membentuk.
- Tepung ubi ditambah untuk beri texture kenyal pada nugget dan baking powder untuk texture berongga bila goreng nanti.
- Kalau tak nak kukus isi nugget boleh bentukkan (bahan kisar) dan sejukkan dalam freezer 30 minit, keluarkan dan salut macam biasa.
- Boleh salut dua kali nugget untuk lebih tebal. Ulang celup telur dan serbuk roti. Tapi sekali salutan sudah memadai untuk rangup.
- Nugget yang belum goreng boleh simpan dalam freezer anggaran 1-2 bulan.
Resepi Nugget Ayam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan -“Ke Mana Mahathir?“
- Bagaimana pula jika yang menipu status itu sang Hakim?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :