Popi candu melonjak ditanam di Myanmar

Popi candu melonjak ditanam di Myanmar

Popi candu melonjak ditanam di Myanmar
PENANAMAN popi candu meningkat di Myanmar.-AGENSI

BANGKOK: Penanaman popi candu melonjak di Myanmar sejak tentera merampas kuasa pada 2021 berbanding penurunan berterusan yang dilihat berlaku terhadap tanaman haram itu di antara 2014 dengan 2020.

Menurut laporan Al Jazeera, Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) dalam sidang akhbar di sini semalam berkata, Myanmar menyaksikan peningkatan sebanyak 33 peratus dalam tanaman popi candu dan peningkatan 88 peratus dalam potensi hasil candu pada 2022.

Data-data berkenaan dikumpul oleh UNODC semasa musim penanaman candu penuh pertama sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.



Lebih 40,000 hektar popi yang ditanam tahun lepas di Myanmar dengan kemungkinan menghasilkan sebanyak 790 tan metrik candu iaitu sejenis narkotik yang sangat ketagihan yang boleh diproses untuk membuat heroin, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Keputusan 2022 mengesahkan berlaku perkembangan ketara sedang berlaku dalam ekonomi candu Myanmar,” kata UNODC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bagi mengiringi penerbitan risalah Tinjauan Candu Myanmar 2022.

Wakil wilayah UNODC, Jeremy Douglas berkata, ribut ekonomi, keselamatan dan gangguan tadbir urus berikutan pengambilalihan tentera di Myanmar mewujudkan keadaan semasa di mana penanaman candu berkembang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Petani di kawasan terpencil yang sering terdedah kepada konflik di utara Shan dan sempadan negeri mempunyai pilihan yang sedikit selain terpaksa kembali ke penanaman popi candu,” kata Douglas.



Kawasan yang dipanggil Segi Tiga Emas, tempat pertemuan sempadan Myanmar, Laos dan Thailand, secara tradisi adalah kawasan pengeluaran utama candu dan menjadi pusat utama banyak makmal yang memprosesnya kepada heroin.

Ketidakstabilan politik yang berpanjangan menyebabkan kawasan sempadan Myanmar yang juga dikenali sebagai Burma, sebahagian besarnya tanpa undang-undang dan dieksploitasi oleh pengeluar serta pengedar dadah.

Kata Douglas, kebanyakan candu dieksport Myanmar ke China dan Vietnam, manakala heroin ke banyak negara di seluruh rantau ini.

“Di sanalah pengedar dan pengeluar bertumpu kerana mereka mampu memperoleh keuntungan yang sangat tinggi,” katanya.



Penanaman popi candu di Myanmar berkurangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebelum tentera mengawal kerajaan pada 2021 dengan anggaran pengeluaran mencecah paras terendah 400 tan metrik pada 2020.

Selepas meningkat sedikit pada 2021, kadar pengeluaran melonjak pada 2022 kepada anggaran 790 tan metrik, menurut laporan itu.

Hentikan penanaman 20,000 ekar durian di Baling



Popi candu melonjak ditanam di Myanmar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button