Cancelo terus beri impak di Bayern

BERLIN: Pemain tengah Bayern Munich, Joshua Kimmich memuji pemain yang baharu ditandatangani, Joao Cancelo sebagai bintang dengan “kualiti menakjubkan” seleps pertahanan Portugal itu membantu kemenangan 4-0 pasukannya mengatasi Mainz awal pagi tadi.

Cancelo menyertai Bayern daripada Man City pada saat akhir dan pantas diletakkan dalam kesebelasan utama bagi aksi Piala Jerman di Mainz.



Hantaran lintangnya pada minit ke-17 membantu gol Eric Maxim Choupo-Moting selain dia tampak bahaya di sayap kanan.

Bercakap selepas perlawanan kepada Sky Germany, pemain tengah Bayern, Joshua Kimmich menyambut kehadiran rakan sepasukannya itu dengan berkata dia “amat” sesuai dengan juara Jerman itu.

“Dia ada kualiti menakjubkan – anda boleh lihat kualiti dibawanya ke padang. Saya harap kami akan gembira bersamanya.”



Penyerang remaja Bayern, Jamal Musiala menyokong pandangan Kimmich dengan berkata “semua orang boleh melihat kualiti dimilikinya – dia pemain dengan teknikal yang hebat.”

“Kami gembira dia di sini.”

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading