Syarikat tipu tawaran e-ganjaran sudah diserbu KPDN, polis teruskan siasatan

Syarikat tipu tawaran e-ganjaran sudah diserbu KPDN, polis teruskan siasatan

Syarikat tipu tawaran e-ganjaran sudah diserbu KPDN, polis teruskan siasatan
Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim (tiga, kiri) pada sidang media mengenai kes penipuan aplikasi e-Ganjaran di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul Jumaat lalu.

KUALA LUMPUR: Syarikat yang disyaki terbabit penipuan ganjaran dalam talian atau e-ganjaran menerusi aplikasi yang menyebabkan kerugian RM4.6 juta baru-baru ini, sudah diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwah Pengguna (KPDNHEP) tahun lalu.

Setiausaha Polis Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata serbuan oleh KPDNHEP dimaklumkan menerusi satu kenyataan media disiarkan kementerian itu pada 25 Oktober 2022.

Katanya, siasatan KPDNHEP yang kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dijalankan mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.



“Sehubungan itu, PDRM akan meneruskan siasatan dan berkolaborasi dengan KPDN untuk sebarang tindakan lebih tegas daripada sudut undang-undang.

“Setakat ini, PDRM membuka lima kertas siasatan di seluruh negara berkait kes ini membabitkan kerugian dianggarkan RM508,261. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (penipuan),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, katanya siasatan polis mendapati aplikasi itu diperkenalkan sejak 2020 dan menawarkan pembelian barangan serta perkhidmatan melalui penggunaan e-dompet.

“Bagi setiap pembelian yang dibuat, pengguna akan diberikan penjimatan sehingga 50 peratus dan turut menerima mata ganjaran yang seterusnya boleh ditebus menerusi pembelian barangan atau wang tunai yang akan dikreditkan ke akaun pengguna.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Pengguna yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini perlu mendepositkan sejumlah wang ke dalam aplikasi berkenaan dan pada peringkat awal, segala urus niaga melalui aplikasi ini dan penebusan mata ganjaran berjalan lancar,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sejak penghujung tahun lalu, masalah mula timbul apabila pelanggan gagal untuk membuat pembelian dan penebusan mata ganjaran tidak dapat dilakukan.

Khamis lalu, media melaporkan sebanyak 100 laporan polis dibuat berhubung kes penipuan e-baucar oleh aplikasi dalam talian berkenaan membabitkan kerugian hampir RM5 juta.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, dilaporkan berkata sindiket penipuan itu menggunakan nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan, menyebabkan ramai mangsa terpedaya.



Beliau berkata, selain tokoh terkenal, sindiket yang menawarkan perkhidmatan baucer atau e-ganjaran itu, turut membabitkan pelbagai jenama terkenal antaranya Petronas atau Shell.

Tambah beliau, modus operandi sindiket ini ialah pengguna dikehendaki membeli baucer dikenali sebagai (QV), dengan pembayaran bagi baucar ini perlu dibeli melalui FPX dalam talian.

Setelah membeli QV pada waktu promosi, mereka akan diberi ganjaran dalam bentuk baucar subsidi dikenali sebagai SV.

KPDN, JHEAINS serbu kilang mi guna sijil halal tamat tempoh



Syarikat tipu tawaran e-ganjaran sudah diserbu KPDN, polis teruskan siasatan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading