Polis Perak rampas rokok seludup bernilai RM184,800
Polis Perak rampas rokok seludup bernilai RM184,800
SERI ISKANDAR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 11,550 karton pelbagai jenis rokok dipercayai tidak bercukai kastam dianggarkan bernilai RM184,800 di sebuah rumah di Bandar Universiti, dekat sini, semalam.
Lelaki berusia 43 tahun itu ditangkap sepasukan pegawai polis dari Pasukan Polis Marin (PPM) Kampung Acheh, Sitiawan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dalam Op Kontraban di Jalan Ipoh-Lumut, di sini, atas maklumat awam.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, terdahulu, polis mengekori sebuah Proton Exora berwarna kelabu yang mencurigakan sebelum ia berhenti di sebuah rumah di Bandar Universiti, di sini, dipercayai dijadikan stor penyimpanan rokok seludup.
“Suspek dilihat masuk ke dalam rumah dan membawa keluar beberapa kotak besar lalu dimasukkan ke dalam kereta.
“Pihak polis kemudian menyerbu suspek dan membuat pemeriksaan di dalam kereta serta rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Yusri berkata, pihaknya menemui 231 kotak besar dengan anggaran 11,550 karton rokok bernilai RM184,800.
“Nilai cukai kastam dianggarkan berjumlah RM1.5 juta. Turut dirampas Proton Exora dan dua telefon bimbit serta barang lain berkaitan.
“Suspek ditahan reman mulai hari ini sehingga 17 Februari bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti sindiket penyeludupan rokok berkenaan,” katanya.
Polis Perak rampas rokok seludup bernilai RM184,800
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
- Ismail Sabri perlu berhenti serang Umno
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara