Resepi Apom Lenggang

Resepi Apom Lenggang
Resepi Apom Lenggang

 

Siapa yang pernah makan apom lenggang masa kecil dulu pasti teringat akan kesedapan apom ni. Cara nak buat apom lenggang ni mudah sahaja. Ada resepi yang menggunakan nasi dan ada juga yang menggunakan ragi. Untuk resepi apom lenggang di bawah ni Che’ Nom gunakan nasi sejuk mengikut cara yang dibuat oleh orang-orang tua dahulu. Apabila bancuhan diperap, rasa yang enak dari beras dan tekstur yang lembut dan gebu akan terhasil.

 

Bahan-bahan:

 



  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • Bahan untuk kisar halus:
    • 3/4 cawan nasi sejuk
    • 1 1/2 cawan air

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Satukan tepung beras, tepung gandum, gula pasir, yis, santan, telur dan bahan kisar halus. Kacau sebati memudian masukkan garam secukup rasa.
  2. Tapiskan adunan dengan penapis supaya tiada ketulan.
  3. Perap selama beberapa jam. Minimum masa untuk diperap ada satu jam. Boleh juga untuk diperap semalaman, tetapi santan hendaklah dimasukkan keesokan harinya sebelum dimasak.
  4. Panaskan kuali non-stick dan tuangkan beberapa titik minyak jika mahu. Sendukkan adunan apom dan lenggangkan kuali sehingga apom menjadi bulat sekata. Masak sehinnga kekuningan dan garing di bahagian tepi.
  5. Angkat dan lipat 3 bahagian, atau gulung.

 

Tip:

 



  • Seeloknya adunan apom lenggang diperam semalama, tetapi ingat santan perlu dimasukkan keesokan harinya.

 

Tom Tutup Dulu Pintu Hati Pada Lelaki

Resepi Apom Lenggang

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button