Resipi Apam Polkadot
Resipi Apam Polkadot yang sangat comel dan pasti anak-anak akan suka. Sesuai untuk diisikan di dalam goodie bag atau dihidang pada majlis seperti party harijadi. Bahan pun tidak susah dan kebanyakannya ada di dapur, cuma bahan seperti Ovalette perlu di dapatkan dikedai bakery. Warna pula bergantung kepada anda untuk mix and match. Selain dot dot, boleh juga dilukis berbagai corak lain. Terpulang kepada kreativiti masing-masing dan boleh dijadikan aktivi hujung minggu bersama anak-anak. 🙂
Bahan-bahan:
- 2 biji telur size A
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu teh ovallete
- 2 sudu teh esen vanilla
- 1 cawan susu Full Cream Dutch Lady
- 2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 sudu kecil baking powder
- Jem, jenis kesukaan anda
- piping bag secukupnya
- pewarna makanan
Cara Penyediaan:
- Panaskan kukusan dan pastikan penutup kukusan dibalut dengan kain untuk mengelakkan air yang terwap.
- Ayak tepung gandum dan baking powder. Ketepikan.
- Masukkan jem ke dalam piping bag. Ketepikan.
- Pukul telur bersama gula sehingga kembang.
- Masukkan ovalette dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan menjadi kembang dan putih sekata. Haruskan pastikan adunan menjadi ringan supaya menghasilkan apam yang gebu apabila dikukus nanti.
- Masukkan susu sedikit dan selang selikan bersama sedikit tepung sehingga habis.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Terpulang kepada anda berapa warna yang diperlukan. Che Nom cuma bahagi kan kepada dua. Bancuh bersama pewarna dan masukkan ke dalam piping bag.
- Isikan cawan kertas ke dalam acuan lompang.
- Picit adunan ke dalam cawan kertas separuh penuh dan picitkan pula setompok kecil jem sebagai inti.
- Kemudian tutup dengan adunan yang sama tetapi jangan terlalu penuh kerana perlu ada ruang untuk apam kembang bila kukus nanti.
- Picit dot dot ke atas adunan.
- Kukus selama 15 minit
Resipi Apam Polkadot
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
- Ismail Sabri perlu berhenti serang Umno
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara
.