Objek terbang tidak dikenali ditembak jatuh di Alaska

Objek terbang tidak dikenali ditembak jatuh di Alaska

Objek terbang tidak dikenali ditembak jatuh di Alaska
JET pejuang F-22 menembak jatuh objek tidak dikenali itu pada petang Jumaat waktu tempatan. -BBC

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengarahkan sebuah jet pejuang tenteranya menembak jatuh sebuah objek beraltitud tinggi yang tidak dikenali di Alaska.

Lapor BBC News, objek itu dilihat terapung, berbentuk silinder dan berwarna kelabu perak.

Setiausaha akhbar Pentagon, Brigadier Jeneral Pat Ryder berkata, objek itu tidak serupa dari segi saiz atau bentuk dengan belon pengintip China minggu lalu.

Bagaimanapun, dia mengesahkan bahawa jet pejuang F-22 menembak jatuh objek tersebut dengan peluru berpandu sidewinder, kelmarin.

Jurucakap White House, John Kirby berkata, objek tanpa pemandu itu adalah berukuran sebuah kereta kecil dan dibimbangi boleh menimbulkan ancaman munasabah kepada penerbangan awam.



Kirby memberitahu, tujuan dan asal usul objek itu juga tidak jelas.

Bercakap di White House kelmarin, Kirby berkata, medan serpihan objek yang ditembak jatuh itu adalah jauh lebih kecil daripada belon yang ditembak jatuh Sabtu lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Menurut beliau, bahawa objek itu terbang pada ketinggian 12,000 meter di atas pantai utara Alaska.

Objek itu terbang merentasi Alaska pada kelajuan 64 kilometer sejam dan berada di atas laut menuju ke Kutub Utara, apabila ia ditembak jatuh.



Helikopter dan pesawat pengangkut turut dikerahkan untuk mengumpul serpihan dari perairan beku Laut Beaufort.

“Kami tidak tahu siapa yang memilikinya, sama ada ia milik kerajaan atau milik korporat atau milik persendirian,” kata Kirby.

Objek itu pertama kali dikesan pada malam Khamis lalu walaupun pegawai tentera yang menemukannya tidak menyatakan masa.

Kirby berkata, dua jet pejuang menghampiri objek itu dan mendapati tiada sesiapa di dalamnya dan maklumat itu disampaikan kepada Biden sebelum membuat keputusan untuk menembak jatuh.



“Kami akan terus berwaspada berhubung ruang udara kami. Presiden mengambil tanggungjawabnya untuk melindungi kepentingan keselamatan negara kita sebagai yang terpenting,” ujar Kirby.

Perang di Ukraine dijangka berlanjutan

Objek terbang tidak dikenali ditembak jatuh di Alaska


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button