Kuih Bakar Pandan Lembut Dan Sedap

Kuih Bakar Pandan Lembut Dan Sedap
Kuih Bakar Pandan Lembut Dan Sedap
  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  • Masa Memasak: 45 minit
  • Jumlah Hidangan: 4 biji kuih kelopak 8

Che Nom nak share satu resepi yang mendapat permintaan ramai iaitu resepi kuih bakar pandan atau kuih bakar kemboja. Kalau sapa-sapa yang dah follow Instagram Che Nom mungkin anda boleh tau bertapa Che Nom sangat menghargai kuih muih tradisional.

Kuih bakar pandan yang sedap haruslah memiliki kerak atas yang berkaramelberwarna perang,serta  sangat harum baunya hasil dari taburan bijan dan daun pandan asli yang kita gunakan.

Cara penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak, tapi ia menghasilkan kuih yg sangat sedap. Cuma anda perlukan teknik yang betul untuk mendapatkan kerak yang sedap semasa proses membakar. Ikut je resepi yang Che Nom nak tunjuk ni Insyallah kuih bakar pandan anda sedap dan lembut sampai ke malam. Sukatan cawan dan gram disediakan.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk jus pandan:
    • 1 cawan /250ml air
    • 5 helai daun pandan
  • Bahan-bahan untuk kuih bakar pandan:
    • 2 cawan /250 g tepung gandum
    • 1 cawan /200 g gula putih
    • ½ sudu kecil garam
    • 2 ¼ cawan /563 ml santan
    • 3 biji telur
    • 2 sudu besar majerin
    • sedikit pewarna hijau
    • sedikit minyak
    • bijan secukupnya untuk taburan

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada suhu 170°C, api atas bawah.
  2. Potong kasar daun pandan, kisar halus bersama air untuk hasilkan 1 cawan jus pandan. Tapis jus pandan dan ketepikan.
  3. Masukkan tepung gandum, gula putih, garam, santan, jus pandan, telur, majerin dan pewarna hijau ke dalam blender. Kisar halus dan tapis.
  4. Ambil acuan bunga kemboja, tuang sedikit minyak dalam acuan dan kemudian panaskan.
  5. Setelah minyak panas, tabur bijan dan biarkan sehingga bijan bertukar menjadi warna sedikti perang. Tuang adunan sehingga hampir 3/4 penuh acuan. Tabur lagi bijan di atas permukaan sebelum dibakar.
  6. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga permukaan kuih bakar pandan menjadi warna perang.
  7. Cucuk dengan lidi, kalau lidi bersih bila ditarik maksudnya kuih dan masak.
  8. Sejukkan sebelum dipotong.

Tip:

  • Pada10 minit terakhir, kuatkan oven kepada suhu 190°C supaya permukaan kuih cepat menjadi perang dan sedikit garing.

Resepi Kuih Bom



Kuih Bakar Pandan Lembut Dan Sedap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button