PBB sokong resolusi kutuk pencerobohan di Ukraine
PBB sokong resolusi kutuk pencerobohan di Ukraine
NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York menyokong resolusi yang mengutuk pencerobohan Russia ke atas Ukraine hampir setahun lalu.
Usul meminta pengunduran tentera dari Ukraine dan menghentikan pertempuran itu dibuat sehari sebelum ulang tahun pertama pencerobohan.
Resolusi itu mengesahkan sokongan terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine, menolak sebarang tuntutan Russia ke atas bahagian negara yang didudukinya.
PBB juga menuntut agar Russia segera, sepenuhnya dan tanpa syarat menarik balik semua angkatan tenteranya dari wilayah Ukraine dalam sempadan yang diiktiraf antarabangsa dan menggesa permusuhan dihentikan.
Langkah itu tidak mengikat di sisi undang-undang tetapi memegang kepentingan politik.
Walaupun resolusi itu diluluskan secara besar-besaran oleh majoriti negara, terdapat beberapa penolakan yang ketara.
Usul berkenaan disokong oleh 141 negara dengan 32 berkecuali dan tujuh yang lain termasuk Russia, Belarus, Korea Utara, Eritrea, Mali, Nicaragua dan Syria mengundi menentangnya.
China, India, Iran dan Afrika Selatan adalah antara 32 negara yang berkecuali dalam pengundian.
Terdahulu, dalam persidangan Organisasi untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) di Vienna, keputusan untuk memberikan visa kepada delegasi Russia menimbulkan kemarahan.
Ukraine dan Lithuania memboikot sesi itu sepenuhnya berikutan keputusan Austria untuk menjemput pegawai dari Moscow, walaupun ada yang berada di bawah sekatan EU.
Kerajaan Austria berkata, pihaknya perlu berbuat demikian di bawah undang-undang antarabangsa kerana OSCE mempunyai ibu pejabatnya di Moscow.
Sebilangan besar delegasi kemudian kemudian bertindak keluar dewan semasa delegasi Russia menyampaikan ucapannya.-AGENSI
Terpaksa menunggu 30 tahun untuk resolusi Majlis Keselamatan PBB dilaksanakan – presiden Azerbaijan
PBB sokong resolusi kutuk pencerobohan di Ukraine
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?
- Dr Akmal Saleh ; calon Ketua Pemuda Umno
- Wan Rosdy tanding Naib Presiden Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best