Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman mati terhadap suami pengasuh bayi Zara

Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman mati terhadap suami pengasuh bayi Zara

Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman mati terhadap suami pengasuh bayi Zara

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas penggunting rambut kerana membunuh seorang bayi perempuan berusia 11 bulan, lima tahun lalu.

Barisan tiga hakim yang bersidang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah, sebulat suara menolak rayuan oleh Hazmi Majid, 41, kerana hakim perbicaraan tidak melakukan sebarang kesilapan dalam fakta dan undang-undang dalam mendapati perayu bersalah seperti pertuduhan.



“Kecederaan yang dilakukan ke atas bayi itu, dalam keadaan biasa adalah mencukupi untuk menyebabkan kematian.

“Kami mendapati keputusan hakim (Mahkamah Tinggi) adalah selamat, berdasarkan keseluruhan bukti. Oleh itu, rayuan ini ditolak dan sabitan dikekalkan,” kata Hakim Hanipah yang bersidang bersama Hakim Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk See Mee Chun.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Hazmi bersalah atas keputusan itu pada 20 Ogos 2021.

Hazmi, yang juga suami kepada pengasuh mangsa, didakwa membunuh dan menyebabkan kematian Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, di sebuah unit di Pangsapuri Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, antara 10.30 pagi dan 1.30 tengah hari, pada 7 November 2018.



Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Media sebelum ini melaporkan bayi itu meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, dipercayai akibat penderaan fizikal dan seksual oleh suami pengasuh bayi berkenaan.

Ibu mangsa sebelum ini dimaklumkan bahawa bayi itu dihantar ke hospital oleh pasangan terbabit yang mendakwa kanak-kanak itu tercekik buah epal.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat kesan koyakan pada selaput dara dan duburnya dan laporan Patologi mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala dan tengkoraknya.



Terdahulu, hari ini, peguam T Vijayandran yang mewakili perayu berhujah bahawa hakim perbicaraan gagal membuat penemuan nyata, sama ada kecederaan maut yang ditemui pada mangsa itu sengaja dilakukan oleh perayu.

“Saksi pendakwaan (PW5) dan pakar patologi, Dr Emizam Mohamadon telah memberi keterangan bahawa punca kematian ialah akibat hentakan tumpul di kepala dan menyifatkan kecederaan serius dan berkemungkinan mengakibatkan kematian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Pihak pendakwaan tidak membuktikan mens rea (niat jahat) yang lebih tinggi bahawa perbuatan itu membawa kepada membunuh,” kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah Mohd Khaja dalam hujahnya berkata hakim perbicaraan telah membuat keputusan bersalah selepas menilai semua keterangan saksi pendakwaan terhadap pembelaan.



“Pakar patologi memberi keterangan bahawa ia kecederaan yang baharu dan berlaku dalam tempoh tiga hari. Beliau juga menjelaskan bahawa kecederaan itu bukan disebabkan oleh diri sendiri dan tidak mungkin berlaku akibat terjatuh.

“Kami juga mengemukakan bahawa keterangan pakar patologi jelas menunjukkan bahawa kecederaan yang dilakukan terhadap bayi yang menjadi mangsa itu sangat serius dan cukup dalam keadaan biasa untuk menyebabkan kematian.

“Hakim Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang kesilapan dalam fakta dan undang-undang dalam mendapati perayu bersalah,” kata Parvin Hameedah, yang dibantu oleh Khairul Aisamuddin Abdul Rahman.– BERNAMA

Najib akan dapat perbicaraan semula?



Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman mati terhadap suami pengasuh bayi Zara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Najib akan dapat perbicaraan semula?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button