Mangsa kebakaran diajak lawat kapal perang

Mangsa kebakaran diajak lawat kapal perang

Mangsa kebakaran diajak lawat kapal perang
KAPAL perang KRI Banda Aceh 593 berlabuh di pangkalan Jakarta Utara.-AGENSI

JAKARTA: Komando Maritim Tentera Nasional Indonesia (TNI) menawarkan aktiviti rekreasi kapal perang untuk mangsa kebakaran di Depoh Pertamina Plumpang di Jakarta Utara sebagai usaha membantu mereka pulih daripada trauma ekoran insiden itu.

Komando Tentera Laut, Laksamana Muda Yayan Sofiyan berkata, mangsa diajak melawat kapal KRI Banda Aceh-593 yang kini berlabuh di dermaga Markas Laluan Laut Tentera Jakarta Utara.

“Kami akan bawa semua. Siapa yang berminat untuk datang nanti kami akan jemput. Maklumat yang kita terima kira-kira 90 hingga 150 orang, jadi kita akan sediakan kemudahan untuk kesemua mereka.



“Semoga usaha ini akan menjadi alat menyegarkan yang menyeronokkan supaya mereka tidak bosan ketika berada di pusat pemindahan,” katanya.

Akibat kejadian kebakaran itu, ramai penduduk terpaksa meninggalkan rumah untuk menyelamatkan diri bagi mengelak kemalangan jiwa.

Biarpun api merah itu sudah berjaya dipadamkan, namun kejadian tersebut meninggalkan kesedihan mendalam kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Panglima Angkatan Laut TNI, Laksamana Muhammad Ali sudah mengeluarkan arahan mengerahkan pasukan Psikologi Tentera Laut untuk membantu pemulihan trauma bagi mengurangkan beban yang berlaku dalam masyarakat secara sinergi dengan pihak berkepentingan lain.



Jumaat lalu, paip penerima bahan bakar di Depoh Pertamina Plumpang, Jakarta Utara terbakar dan merebak ke kawasan rumah penduduk berhampiran.

Sementara itu, Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) memaklumkan seramai 204 mangsa kebakaran tersebut masih tinggal di dua lokasi pemindahan di Jakarta Utara.-AGENSI

Kartel Azmin VS Homeboys Hamzah



Mangsa kebakaran diajak lawat kapal perang

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button