Senat Perancis luluskan reformasi pencen
Senat Perancis luluskan reformasi pencen
PARIS: Senat Perancis mengundi untuk meluluskan reformasi sistem pencen negara itu beberapa jam selepas penunjuk perasaan turun ke jalanan untuk menentang dasar asas penggal kedua yang dibawa Presiden, Emmanuel Macron.
Senator meluluskan reformasi tersebut dengan 195 undian kepada 112 sekaligus membawa pakej itu satu langkah lebih dekat untuk menjadi undang-undang.
Sebuah jawatankuasa kini akan menghasilkan draf akhir yang kemudiannya akan diserahkan kepada Senat dan Dewan Negara untuk undian terakhir.
“Satu langkah penting diambil dengan undian luas mengenai teks reformasi pencen di Dewan Negara,” kata Perdana Menteri, Elisabeth Borne.
Jelas Borne, beliau percaya kerajaan mempunyai majoriti di Parlimen untuk membolehkan pembaharuan itu diluluskan menjadi undang-undang.
Sekiranya kerajaan Macron gagal mengumpulkan majoriti yang diperlukan, Borne boleh menggunakan artikel 49/3 yang sangat kontroversi bagi meneruskan perundangan tersebut tanpa undian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor
- Muhyiddin Beri Helah Untuk Kekalkan Jawatan Presiden PPBM
- Kluster Broker UMNO masuk gua apabila sekutu Bunga mereka didakwa
Kesatuan yang menentang keras langkah itu masih berharap untuk memaksa Macron berundur walaupun jumlah penunjuk perasaan yang menghadiri bantahan semakin berkurangan.
Ketegangan memuncak kelmarin selepas polis Paris menahan 32 penunjuk perasaan yang bertindak agresif membaling objek ke arah pasukan keselamatan, membakar tong sampah dan memecahkan tingkap bangunan di bandar itu.
Minggu ini, Macron menolak dua panggilan bagi mengadakan pertemuan dengan kesatuan sekerja dalam percubaan terakhir mengubah keputusan berkenaan pindaan sistem pencen tersebut.
Pindaan itu akan meningkatkan umur pencen minimum daripada 62 kepada 64 tahun dan memerlukan 43 tahun bekerja menjelang 2030 untuk memperoleh pencen penuh.
Kerajaan berhujah bahawa sistem sedia ada dijangka mengalami defisit dalam tempoh sedekad apabila penduduk Perancis semakin tua dan jangka hayat semakin panjang.-AFP
Senat Perancis luluskan reformasi pencen
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor
- Asyraf Wajdi Sah Di Lantik Pengerusi MARA
- Skandal Jana Wibawa: SPRM Buru ‘Datuk Roy’, Tahan 4 Individu Termasuk Pegawai SPRM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib