Restoran Mee Tarik Warisan Asli
Sumber: restoran mee tarik warisan asliRestoran Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Sungai Besi ini adalah salah satu daripada 7 cawangan di sekitar Malaysia. Kalau dah bercawangan di merata tempat, jarang sekali masakannya tak sedap kan?
Kalau anda nak tahu, restoran ini sebenarnya telah diasaskan oleh seorang Cina Muslim yang berasal daripada China dengan menu signature ‘mee soup with braised beef’ dan juga minuman ‘china ba bao tea.’
Bayangkanlah dapat menikmati sup panas dengan mee tarik yang enak dalam cuaca hujan. Setelah itu, badan disegarkan pula dengan teh herba cina, rugi tak cuba.
Nak rasa masakan cina sebenar, inilah lokasinya. Sementara menanti hidangan, anda boleh melihat segala proses penyediaan makanan melalui tingkap yang disediakan. Menarik juga bila dapat lihat bagaimana mee tradisional ini dibuat.
Alamat: 51, Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 11.00 am – 10.00 pm
Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula
Restoran Mee Tarik Warisan Asli
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh
- Mahathir mahu tunggang GTA – GTA akan tunggang PN
- Wave “GELABAH” tidak akan menjadi kerana tiada ketulenen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :