Shuhada mahu teruskan hidup tanpa dendam
Ucap terima kasih kepada Aliff Syukri
Shuhada semakin cantik dan mempersona.
ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri memberitahu dia tidak mahu lagi berpaling ke belakang dan ingin meneruskan kehidupan tanpa sebarang perasaan dendam.
Shuhada, 29, berkata, dia kini hanya memikirkan tentang anak-anak dan ibu bapanya yang selama ini menjadi tulang belakang dalam hidupnya.
Katanya lagi, dia mahu berusaha memberi kesenangan buat keluarga biarpun sedar dia masih belum sempurna.
“Perjuangan ini secara jujurnya demi Humairah dan Umar, serta kedua ibu bapa saya. Saya sedar diri tidak sempurna.
“Tapi saya nekad demi anak-anak untuk mencari kesenangan buat mereka,” katanya.
Shuhada berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di instagram miliknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perikatan Nasional akan hadapi Enam PRN dengan berstatus “Kleptokrat” dan “Penyamun”.
- Tindakan Tegas Mesti Di Ambil Ke Atas Politikus Yang Memperalatkan Bangsa Dan Agama
- Senarai Calon Naib Presiden & MKT UMNO Yang Bukan Tajaan Kluster Broker
Dalam pada itu, Shuhada turut menzahirkan ucapan terima kasih buat Datuk Aliff Syukri kerana memberikan peluang untuk dia menjadi duta tudung milik usahawan itu.
“Terima kasih buat Aliff Syukri kerana memberi saya kesempatan menjadi duta serta model jenama tudung Datuk,” ujarnya.
Terdahulu, Aliff berkongsi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya dan memberikan nasihat kepada Shuhada tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi wanita itu.