Anak Tajuddin kalah di Pasir Salak

Anak Tajuddin kalah di Pasir Salak

Anak Tajuddin kalah di Pasir Salak
KHAIRUL Azwan menitiskan air mata sebaik keputusan tidak rasmi beliau memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Pasir Salak baharu. FOTO Muhamad Lokman Khairi.

Pasir Salak: Keputusan tidak rasmi bagi Pemilihan Umno Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun menewaskan anak bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Dr Faizal Tajuddin bagi jawatan Ketua Umno Bahagian baharu.

Khairul Azwan, 47, dilaporkan menang dengan majoriti 46 undi apabila memperoleh 342 undi, manakala Faizal 296 undi.

Kemenangan ini sekali gus menamatkan legasi kepimpinan Tajuddin yang mengetuai bahagian itu selama 18 tahun sejak 2004.



Khairul Azwan yang sebelum ini calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu menitiskan air mata dan sujud syukur di Dewan FELCRA Seberang Perak, di sini, jam 7.30 malam sebaik keputusan tidak rasmi diketahui perwakilan.

Sementara itu, Faizal dilihat berpelukan dengan Khairul Azwan sebelum meninggalkan lokasi pemilihan berkenaan.

Sidang media hanya sesi Tajuddin luah perasaan



Anak Tajuddin kalah di Pasir Salak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button