Malang hari pertama sekolah, kaki tersepit besi longkang

Malang hari pertama sekolah, kaki tersepit besi longkang

Malang hari pertama sekolah, kaki tersepit besi longkang
Seorang pelajar berdepan detik cemas pada hari pertama sesi persekolahan apabila kaki kanannya tersepit di besi penutup longkang. – Foto ihsan Bomba

SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 di sini berdepan detik cemas pada hari pertama sesi persekolahan apabila kaki kanannya tersepit di besi penutup longkang pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pelajar perempuan berusia 16 tahun itu terjatuh dan tersepit pada besi penutup longkang selama 20 minit sebelum diselamatkan.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digerakkan lokasi.



“Berdasarkan laporan, kejadian membabitkan seorang mangsa iaitu pelajar perempuan berusia 16 tahun yang mana kakinya tersepit di besi penutup longkang pada kedalaman satu meter.

Pasukan penyelamat yang hadir kemudian mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa bagaimanapun tidak cedera dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dua wanita maut tersepit dalam kereta



Malang hari pertama sekolah, kaki tersepit besi longkang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button