‘Kalau Umno nak ambil tindakan terhadap saya… silakan’ – Jailani
‘Kalau Umno nak ambil tindakan terhadap saya… silakan’ – Jailani
Melaka: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis sedia dikenakan tindakan oleh partinya, Umno susulan pendirian diambilnya berhubung pelantikan Ketua Menteri baharu.
Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Alor Gajah itu menegaskan, sebagai orang berprinsip beliau enggan menjadi ‘pak turut’ terhadap perkara yang dilihatnya salah dan tidak wajar.
“Saya hanya berkata yang benar dan mengambil kira peribadi serta perilaku pemimpin yang diketengahkan.
“Sebagai pemimpin apabila kita berjanji, semua janji haruslah kita penuhi terutama janji kepada rakyat.
Katanya, dengan pelantikan Adun Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka semalam menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang meletak jawatan, secara rasmi parti itu memungkiri satu manifesto penting semasa Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) 2021.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- DS Zahid: Melaka Bakal Membentuk Kerajaan Perpaduan
- Ramasamy Akan Di Gugurkan Dalam PRN Pulau Pinang
- Mahathir perlukan orang Melayu, orang Melayu tidak perlukan Mahathir lagi.
“Semua parti mempunyai manifesto ketika pilihan raya. Bagi Umno/Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka 2021 manifestonya calon Ketua Menteri sehingga habis penggal ialah Sulaiman.
“Manifesto adalah janji kepada rakyat khususnya Melaka dan sebagai seorang Muslim ia harus dilaksanakan.
“Jadi saya ingin memaklumkan kepada rakyat Melaka saya tidak menyokong, terbabit, malah menentang perkara ini (pelantikan Ketua Menteri),” katanya.
Muhammad Jailani yang juga bekas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri berkata, apa yang berlaku disifatkan mengaibkan Sulaiman secara peribadi dan beliau tidak dapat menerimanya.
“Sudah pasti ini memalukan dan mengaibkan Sulaiman secara peribadi, lebih parah lagi ia dilakukan dalam Ramadan.
“Titisan air mata Sulaiman saja sudah cukup menyatakan semuanya, belum lagi mereka yang terbabit dalam krisis ini sama ada yang mempertahankan atau yang ingin merubah posisinya,” katanya.
Beliau berkata, kestabilan bukan isu kerana Melaka sedang stabil ke arah pembangunan ekonomi dan mendakwa apa terjadi berpunca tidak sesetengah individu yang mempunyai nafsu serakah dan tidak mahu ada penghalang dalam mengejar cita-cita mereka.
Maryam DurianKimchi – Kalau Tak Nak Dengar, Silakan Berambus
‘Kalau Umno nak ambil tindakan terhadap saya… silakan’ – Jailani
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Merosakkan Integriti Badan Kehakiman, Kenapa Hakim Nazlan Belum Di Dakwa
- Berapa kekayaan sebenar Tun Daim?
- “Macam Bagi Kucing Je YB” – Hanafiah Mat Dikritik
- Tiada Perdana Menteri yang Mahathir tidak bergaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :