Penerbangan batal kerana pengawal udara dijangkiti Covid-19

Penerbangan batal kerana pengawal udara dijangkiti Covid-19

Penerbangan batal kerana pengawal udara dijangkiti Covid-19
LAPANGAN terbang London mengehadkan penerbangan kerana kekurangan pengawal udara. FOTO Reuters.

London: Lapangan terbang Gatwick London terpaksa membatalkan lebih 160 penerbangan antara semalam hingga Ahad, berikutan kekurangan pengawal udara yang sebahagiannya dijangkiti Covid-19.

Dalam kenyataan dikeluarkan, lapangan terbang itu berkata, penerbangan akan dihadkan kepada 800 sehari – berlepas dan ketibaan, sehingga 1 Oktober.

Keputusan itu diambil dalam persetujuan dengan NATS iaitu perkhidmatan kawalan trafik udara Britain.



“Had siling harian ini akan menghalang pembatalan dan kelewatan saat akhir bagi penumpang, sementara NATS menangani isu yang disebabkan penyakit dan kekangan staf,” menurut kenyataan itu.

Kira-kira 30 peratus pengawal udara pada masa ini tidak boleh bekerja atas pelbagai masalah kesihatan termasuk Covid-19.

Pengarah Stewart Wingate berkata, keputusan dibuat itu amat sukar, namun ia juga bermakna syarikat penerbangan masih boleh meneruskan program yang memberi penumpang keyakinan bahawa mereka tidak akan menghadapi pembatalan saat akhir.

Krisis itu menyusul selepas Ogos lalu yang menyaksikan pembatalan hampir 2,000 penerbangan selama dua hari dan banyak kelewatan penerbangan.



Pihak Berkuasa Penerbangan Awam UK (CAA) mengumumkan penyiasatan bebas terhadap isu yang lebih luas merangkumi kegagalan sistem.

Penerbangan batal kerana pengawal udara dijangkiti Covid-19


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading