Farahdhiya bertunang?

Kuala Lumpur: Hantaran pelakon dan penyanyi, Farahdhiya di Instagram menuai komen positif daripada peminat-peminatnya yang mendoakannya agar ditemukan dengan jodoh terbaik.

Dalam hantaran itu, Farah yang popular menerusi lagi Bertakhta Di Hati menulis keterangan ringkas, mengiringi gambarnya yang diambil di satu pelamin.

“Tempat pertunangan sudah ditempah! Dalam proses memilih tarikh dan calon yang sesuai,” tulisnya.



Hantaran itu dibalas dengan pelbagai komen daripada pengikut artis kacukan Melayu – Inggeris itu.

“Moga Allah munculkan lelaki yang baik-baik untukmu, kak,” tulis satu netizen.

“Untung siapa yang dapat Kak Farah. Pandai memasak, cantik luar dalam dan sopan santun. Semoga diberi jodoh yang terbaik untuk Kak Farah. Amin,” tulis satu netizen lain.

Tidak sekadar itu, ruangan komen juga turut menyaksikan beberapa komen mencuit hati terutamanya daripada pengikut lelaki.



“Ramai beratur jadi calon ni,” tulis satu netizen.

“Ada kat sini, tapi orang biasa saja,” tulis satu netizen lain.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading