Aniq, Aznil lupakan Sukan Asia Hangzhou

Aniq, Aznil lupakan Sukan Asia Hangzhou

Aniq, Aznil lupakan Sukan Asia Hangzhou
ANIQ mengakui Kejohanan Dunia lebih menjadi keutamaan kerana menawarkan mata ke saingan Sukan Olimpik 2024 di Paris nanti.

JAGUH angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan dan Muhammad Aznil Bidin disahkan tidak akan menyertai kontinjen Malaysia pada temasya Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China yang berlangsung September depan.

Keputusan itu terpaksa dibuat dua atlet tersebut kerana pertindihan tarikh dengan Kejohanan Angkat Berat Dunia yang dijadualkan berlangsung serentak dengan temasya empat tahun sekali berkenaan.

Aniq berkata, kejohanan dunia yang akan berlangsung di Riyadh, Arab Saudi itu dianggap lebih penting kerana ia menawarkan mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 tahun depan.



“Selepas ini saya dan Aznil akan ke Arab Saudi bagi menyertai kejohanan dunia pada September nanti kerana ia adalah salah satu kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik.

“Justeru, kami ambil keputusan untuk tidak menyertai Sukan Asia kerana jadual pertandingan bertindih dengan kejohanan dunia. Jadi saya harap di kejohanan dunia itu mampu untuk menampilkan aksi yang terbaik untuk layak ke Olimpik,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?




Pada masa sama, Aniq tanpa berselindung mengakui, persiapannya sedikit terkesan kerana masih bergelut untuk kategori 61 kilogram (kg) berbanding 55kg bagi melayakkan diri ke Olimpik.

Bagaimanapun, atlet kelahiran Johor itu melaungkan keazaman untuk menampilkan aksi terbaik dan sedia meletakkan diri dalam kelompok 10 atlet terbaik dunia, sekali gus mencerahkan peluang ke Paris.

“Pada ketika ini, saya berada di kedudukan ke-11 manakala Aznil berada di tempat ke-10 dan hanya seorang daripada kami akan layak. Kami akan bersaing secara sihat dan sesiapa yang lebih baik bakal layak,” ujar Aniq.

Aniq, Aznil lupakan Sukan Asia Hangzhou


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading