RM163 juta kerugian akibat penipuan e-dagang

RM163 juta kerugian akibat penipuan e-dagang

RM163 juta kerugian akibat penipuan e-dagang
PDRM jangka kerugian akibat penipuan e-dagang terus meningkat selaras pertambahan platform e-dagang.

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM163 juta nilai kerugian direkodkan akibat penipuan pembelian dalam talian atau e-dagang sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, meningkat berbanding RM140 juta sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata angka itu dijangka terus meningkat menjelang akhir Disember ini serta tahun tahun akan datang selaras pertambahan platform e-dagang yang semakin popular dalam urus niaga masa kini.

Mengulas lanjut, katanya, sepanjang 2021 sejumlah 9,499 kes e-dagang dicatatkan dengan kerugian RM73 juta, bagaimanapun menurun kepada 9,258 kes tahun lalu.



“Meskipun menurun, nilai kerugian akibat jenayah itu meningkat kepada RM140 juta tahun lalu. Untuk tahun ini pula, sehingga September lalu 8,868 kes dicatatkan dengan kerugian RM163 juta.

“Analisis JSJK menunjukkan bilangan kes purata tahunan hampir mencecah 10,000 kes, manakala jumlah kerugian menunjukkan peningkatan ketara saban tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah MY Airlines Bermaksud Muhyiddin Yasin Airlines?




“Nilai kerugian setakat September tahun ini juga sudah melebihi 55 peratus berbanding keseluruhan nilai kerugian pada 2021 dan ia dijangka terus bertambah berdasarkan kenaikan harga barangan dalam sistem perdagangan semasa,” katanya melalui kenyataan.

Ramli berkata, kajian JSJK menunjukkan pelaku jenayah penipuan e-dagang menyalahgunakan platform media sosial dan aplikasi jualan dalam talian untuk mencari mangsa.

“Secara purata, 39 peratus kes e-dagang dilaporkan sejak 2021 adalah berkaitan urus niaga yang bermula melalui laman Facebook.

“Ini diikuti Instagram (16 peratus), WhatsApp (13.4 peratus), Telegram (6.3 peratus), Mudah.my (3.7 peratus), Shopee (1.9 peratus), Carousell (1.1 peratus), Lazada (0.9 peratus), WeChat (0.5 peratus) dan X (dahulu Twitter) (0.1 peratus),” katanya.



Dalam pada itu, katanya, kajian mendapati penyedia platform e-dagang telah pun menyediakan prosedur urus niaga yang selamat dan teratur, namun kecenderungan mangsa mendapatkan harga lebih murah mendorong mereka membuat pembelian secara terus dengan penjual tanpa melalui platform e-dagang berkaitan.


PAS Sekutu Atau Seteru Zionis?


“Tindakan ini mengakibatkan mereka menjadi mangsa penipuan,” katanya.



Ramli berkata, dalam usaha membendung kegiatan penipuan sebegini, PDRM mengingatkan masyarakat untuk sentiasa berwaspada.

“Kita minta orang amalkan beberapa tips untuk mengelak menjadi mangsa penipuan dan yang paling utama, jangan percaya dengan tawaran yang ‘too good to be true’ (tidak masuk akal).

“Hanya membuat pembelian melalui platform e-dagang yang mempunyai ciri keselamatan dan dipercayai dan perlu sentiasa menyemak ‘review’ (ulasan) dan komen daripada pengguna lain,” katanya.

Orang ramai boleh menyemak nombor akaun dan nombor telefon penjual melalui portal ‘Semak Mule’ di https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat pembayaran.



RM163 juta kerugian akibat penipuan e-dagang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading