Beijing rekod hujan paling lebat dalam 140 tahun

Beijing rekod hujan paling lebat dalam 140 tahun

Beijing rekod hujan paling lebat dalam 140 tahun
PETUGAS menjalankan operasi menyelamat di kawasan dinaiki air susulan Taufan Doksuri di Beijing. FOTO Reuters

Beijing: Beijing mengalami hujan paling lebat dalam tempoh 140 tahun, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut pejabat meteorologi bandar itu, sebuah daerah di Beijing merekodkan 744.8 milimeter hujan antara petang Sabtu dan pagi Rabu.

Rekod sebelum ini ialah 644 milimeter yang dicatatkan semasa ribut pada 1891.



Hujan lebat luar biasa yang dicetuskan oleh ribut tropika Doksuri itu turut mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang di Beijing dan wilayah Hebei sejak Sabtu.

Lebih 12 orang lagi masih hilang, sehingga Rabu.

Jalan raya dinaiki air banjir dan disaluti lumpur, selain banyak kereta turut dihanyutkan.

Pakar memberi amaran bahawa perubahan iklim akan mengakibatkan keadaan seperti itu boleh berlaku dengan lebih kerap dan lebih teruk.



Beijing rekod hujan paling lebat dalam 140 tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading