Pelajar lemas ketika mandi di kawasan paya

Pelajar lemas ketika mandi di kawasan paya

Pelajar lemas ketika mandi di kawasan paya
Anggota penyelamat berusaha mencari Muhammad Hazrie Ezani sebelum ditemui lemas di kawasan paya di Kampung Rantau Abang, petang tadi. NSTP/Rosli Ilham

DUNGUN: Kegembiraan lima sahabat mandi di sebuah kawasan paya di Kampung Rantau Abang, dekat sini, berakhir tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui lemas, petang ini.

Muhammad Hazrie Ezani Abdullah, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks ditemui lemas oleh pasukan penyelamat pada jam 6.05 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Shahrizal Shamsudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.13 petang.



Berikutan itu, katanya, seramai 22 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebelum melakukan operasi mencari mangsa

“Rakan mangsa yang menyedari mangsa tidak timbul bertindak menghubungi penduduk kampung sebelum penduduk menghubungi pasukan penyelamat,” katanya.

Shahrizal berkata, pasukan penyelamat terpaksa melakukan operasi dalam keadaan berhati-hati memandangkan keadaan arus yang kuat.

“Mayat mangsa akhirnya ditemui di dasar paya pada kedalaman kira-kira empat meter. Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata mangsa dikatakan mandi bersama empat rakannya iaitu, Muhammad Syakir Zamir Khan, 14; Akif Jazymin Musim, 13; Muhammad Awwal Quyyum Adnan, 10; dan Muhammad Syazwi Mohamad Saiful Lizam, sembilan tahun.

“Bagaimanapun, semua rakan mangsa yang masing-masing belajar di Sekolah Menengah Kompleks Rantau Abang dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Abang itu selamat,” katanya.

 

Pelajar lemas ketika mandi di kawasan paya

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading