Lelaki maut lori langgar jengkaut

Lelaki maut lori langgar jengkaut

Lelaki maut lori langgar jengkaut
Lori terbabit kemalangan dengan jengkaut di sebuah tapak pembinaan di Petaling Jaya, semalam. – Foto ihsan polis

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut apabila lori dipandunya melanggar sebuah jengkaut di sebuah tapak pembinaan di Jalan Aeroangkasa 3, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 9.13 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku ketika mangsa yang juga warga asing berusia 39 tahun sedang melakukan kerja mengambil tanah di tapak pembinaan berkenaan.



“Bagaimanapun, tayar lori dipandu mangsa terbenam ke dalam selut tanah. Rakan sekerjanya (saksi) dilapor membantu mengeluarkan lori berkenaan, dengan menggunakan jengkaut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh (HSB).

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau berada di lokasi kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Wan Ahmad Izhanzaki, melalui talian 014-5296880 atau tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Lelaki maut lori langgar jengkaut




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading