Jambatan di Baltimore runtuh: 6 kru pembinaan dikhuatiri maut

Jambatan di Baltimore runtuh: 6 kru pembinaan dikhuatiri maut

Jambatan di Baltimore runtuh: 6 kru pembinaan dikhuatiri maut
Enam orang – semua anggota kru pembinaan malam yang membaiki jalan berlubang di Jambatan Francis Scott Key – hilang dan dikhuatiri maut. FOTO Reuters

Baltimore: Jambatan Francis Scott Key, sebuah jambatan utama di Baltimore, runtuh pada Selasa, sekali gus menghalang operasi satu daripada pelabuhan komersial tersibuk Amerika Syarikat (AS).

Kejadian berlaku selepas kapal kargo sarat dengan muatan yang kehilangan kuasa merempuh tiang sokongan jambatan itu, selepas ia gagal dalam cubaan untuk berhenti tepat pada masanya.

Enam orang anggota kru pembinaan waktu malam yang membaiki jalan berlubang di jambatan itu hilang dan dikhuatiri maut, menurut pegawai dan laporan media.



Gabenor Maryland, Wes Moore berkata, tindakan pantas oleh pihak berkuasa sebaik sahaja kapal itu mengeluarkan panggilan Mayday membolehkan mereka menghentikan kenderaan daripada memandu melalui jambatan itu.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan agensi lain menegaskan, setakat ini, tiada maklumat kejadian dikaitkan dengan keganasan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu




“Siasatan awal menunjukkan kemalangan,” kata Moore.

Gabenor yang juga ahli politik semakin berpengaruh dalam parti Demokrat itu juga berkata, tidak ada tanda-tanda kelemahan pembinaan struktur jambatan itu.

Ketua pengangkutan Maryland, Paul Wiedefeld turut menyatakan kru yang bekerja di jambatan pada asasnya sedang membaiki jalan berlubang, ia tidak ada kaitan langsung dengan isu struktur.

Presiden Joe Biden menyebut runtuhan itu sebagai “kemalangan yang dahsyat,” dan berjanji untuk memastikan pelabuhan dibuka semula dan jambatan itu dibina semula.



Rakaman video menunjukkan kapal kontena yang penuh sesak itu menghempas salah satu penyokong jambatan, dengan struktur keluli yang dibina pada 1977, kelihatan runtuh.

Enam pekerja binaan yang hilang itu dianggap mati setakat petang Selasa, kata naib presiden eksekutif syarikat pembinaan yang menjalankan kerja itu kepada Baltimore Sun.

“Ia adalah tragedi yang dahsyat, dahsyat, tidak dijangka.

“Tiada seorang pun daripada kami dapat membayangkan ini boleh berlaku. Kami semua terkejut dan tertekan,” kata Jeffrey Pritzker dari Brawner Builders.



Kapal itu berdaftar di Singapura.

Jambatan di Baltimore runtuh: 6 kru pembinaan dikhuatiri maut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ralat & Permohonan Maaf




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading