Apa jadi selepas Majlis Keselamatan PBB lulus gencatan senjata segera di Gaza?

Apa jadi selepas Majlis Keselamatan PBB lulus gencatan senjata segera di Gaza?

Apa jadi selepas Majlis Keselamatan PBB lulus gencatan senjata segera di Gaza?
PENUNJUK perasaan memegang bendera Palestin ketika demonstrasi di Amman, bagi menyatakan sokongan kepada penduduk Gaza. FOTO Reuters

New York: Kumpulan hak asasi manusia mengatakan dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa resolusi pada Isnin oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa gencatan senjata segera di Gaza adalah ‘tidak mengikat’, boleh menimbulkan masalah masa depan.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia PBB, Louis Charbonneau berkata, kenyataan AS itu memberi risiko kepada negara lain untuk kurang berkemungkinan untuk mematuhinya resolusi majlis berkenaan termasuk mana-mana resolusi yang AS mahu laksanakan.

Wakil Amnesty International di PBB, Sherine Tadros pula berkata, Piagam PBB jelas mengenai ‘sifat mengikat’ resolusi Majlis Keselamatan.

“Saya tidak ingat mendengar persoalan AS mengenai sifat ‘mengikat’ apabila ia membabitkan resolusi lain yang diterima pakai, sebagai contoh mengenai isu Syria.

“Apa yang AS lakukan bukan sahaja membuat resolusi yang akan menyelamatkan nyawa – kedua-dua Israel dan Palestin – menjadi lebih sukar, ia juga menjejaskan keseluruhan sistem antarabangsa,” tambahnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu


Duta Perancis PBB Nicolas de Riviere memberitahu mesyuarat Majlis Keselamatan mengenai Timur Tengah, pada Selasa lalu, menyatakan ketetapan ini mesti terpakai untuk semua, seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 25 Piagam PBB.

“Jika itu berlaku, maka tiada gunanya sama sekali perbincangan kami di dalam dewan ini. Salah satu anggota tetap Majlis Keselamatan secara dasarnya secara terbuka menyatakan bahawa ia tidak menerima piagam organisasi,” katanya.

Di bawah Piagam PBB, “anggota PBB bersetuju untuk menerima dan melaksanakan keputusan Majlis Keselamatan.” Banyak negara anggota memetik ini – Artikel 25 – dalam menolak kenyataan AS..

Majlis Keselamatan PBB mempunyai keupayaan untuk mengenakan sekatan dan memberi kuasa kepada pasukan tentera untuk mengekalkan atau memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, untuk negara yang tidak melaksanakan resolusi.

Bagaimanapun, tindakan sedemikian turut memerlukan resolusi yang diluluskan Majlis Keselamatan PBB. Untuk lulus, resolusi memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan tiada veto oleh AS, Rusia, China, Perancis atau United Kingdom.

Sebelum ini, Rusia ditegur oleh Perhimpunan Agung PBB kerana melanggar Piagam PBB dengan menceroboh Ukraine pada Februari 2022.

Rusia ketika itu menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang Majlis Keselamatan daripada mengambil sebarang tindakan terhadapnya susulan pencerobohannya ke atas Ukraine.

Apa jadi selepas Majlis Keselamatan PBB lulus gencatan senjata segera di Gaza?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ralat & Permohonan Maaf

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker