12 orang lemas ketika redah laut untuk dapatkan bantuan

12 orang lemas ketika redah laut untuk dapatkan bantuan

12 orang lemas ketika redah laut untuk dapatkan bantuan
PENDUDUK Palestin berkumpul di pantai ketika mendapatkan bantuan yang digugurkan dari pesawat. FOTO Reuters

Gaza: Kejadian memilukan apabila 12 individu lemas ketika ratusan rakyat Gaza yang kebuluran meredah laut untuk untuk mencapai bantuan kemanusiaan dijatuhkan pesawat, pada Selasa.

Bantuan itu tersasar dan jatuh di laut berhampiran pantai Gaza.

Saksi memberitahu AFP, mereka yang mati lemas adalah lelaki muda dan kanak-kanak yang tidak tahu berenang.



“Mereka pergi ke laut untuk mendapatkan bantuan digugurkan dengan payung terjun jatuh itu. Namun mereka tidak kembali.”

“Semua orang lapar, jadi berlaku huru-hara untuk mendapatkan makanan,” kata mekanik, Ahmed Al-Rifi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerajaan PAS Kelantan Beri Jaminan Masalah Air Selesai 3 Tahun Lagi, Ironiknya Sudah Berdekad Rakyat Menunggu




Dia berasal dari Bandar Gaza yang sebahagian besarnya sudah musnah akibat pengeboman Israel selama berbulan-bulan.

Kerajaan Hamas dan Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med yang berpangkalan di Switzerland menyatakan 12 daripada ratusan rakyat Gaza mati lemas di laut untuk mendapatkan pakej bantuan.

Tragedi itu berlaku sehari selepas hampir 20 maut ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan yang digugurkan dengan payung terjun.

Ratusan rakyat Gaza tidak berputus asa menunggu lagi makanan jatuh dari langit di pantai di utara yang dilanda kebuluran.

Seorang lagi saksi yang juga pemandu teksi, Uday Nasser, 27, mengakui apa yang berlaku memang amat memalukan kerana semua orang sanggup melakukan apa saja semata-mata untuk mendapatkan makanan.



“Kami bergelut mempertaruhkan nyawa hanya untuk mendapatkan bantuan. Apa yang sepatutnya menjadi usaha kemanusiaan bertukar menjadi pergaduhan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tiba tiba Rafidah muncul bidas KP UMNO.


“Yang kuat mengambil daripada yang lemah. Kadang-kadang mereka menggunakan pisau atau sanggup melepaskan tembakan,” katanya sambil menambah ada berdepan risiko dirompak selepas berjaya mendapatkan bantuan makanan ketika dalam perjalanan pulang.



Keadaan yang berlaku sekarang di utara Gaza sudah diberi amaran oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kini ia bertukar menjadi ‘wilayah kebuluran buatan manusia’.

Berkongsi pengalamannya, Uday berkata, apabila kelihatan pesawat menggugurkan makanan dengan payung terjun, orang ramai pun berpusu-pusu untuk mendapatkannya, sehingga situasi bertukar tegang.

“Kami mendengar bunyi pesawat dan menunggu bantuan dijatuhkan dengan payung terjun. Kelihatan orang ramai merenung ke langit. Jadi kami tahu pesawat itu akan datang.

“Apabila kami tiba di zon penurunan, orang ramai berkumpul sehingga mengundang pergaduhan, huru-hara dan kecederaan, mengakibatkan ada orang tertiarap atas tanah,” katanya yang pernah tinggal di kem pelarian Jabalia, sebelum terpaksa meninggalkan rumahnya.



 

12 orang lemas ketika redah laut untuk dapatkan bantuan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ralat & Permohonan Maaf




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading