Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan bagi Ogos 2023

Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan bagi Ogos 2023

Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan bagi Ogos 2023
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan kepada pekebun kecil getah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi Ogos 2023, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam kenyataan hari ini, menurutnya harga purata peringkat ladang bagi cuplump atau getah sekerap pada Ogos adalah RM2.30 sekilogram bagi Semenanjung, RM1.95 sekilogram bagi Sabah and RM2.10 sekilogram bagi Sarawak.

LGM berkata, IPG getah sekerap dan lateks teraktif bulan berkenaan bagi Semenanjung adalah 40 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 80 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.



Di Sabah, kadarnya adalah 75 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan RM1.50 sekilogram bagi 100 peratus KGK, manakala di Sarawak, 60 sen sekilogram bagi 50 peratus KGK dan RM1.20 sekilogram bagi 100 peratus KGK.

IPG lateks yang ditetapkan pada 90 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK, turut teraktif apabila IPG getah sekerap teraktif.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

1MDB – Zeti Aziz saksi yang boleh dipertikai kredibiliti



LGM berkata, pekebun kecil di Semenanjung, Sabah dan Sarawak layak menerima bayaran IPG bermula 1 hingga 30 September 2023 berdasarkan pengeluaran getah pada Ogos 2023.

Bermula Januari 2023, IPG diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap berada pada paras RM2.70 sekilogram ke bawah.

Peningkatan Paras Harga Pengaktifan baharu adalah inisiatif kerajaan menerusi pengumuman Belanjawan 2023.

Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan bagi Ogos 2023


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading