4 kilang ada najis tikus diarah tutup

4 kilang ada najis tikus diarah tutup

4 kilang ada najis tikus diarah tutup
Pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Melaka memeriksa kebersihan kilang memproses makanan di Batu Berendam. Foto ihsan JKNM

MELAKA: Empat kilang memproses makanan diarahkan ditutup selepas pemeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) menemui najis tikus.

Pengarah JKNM, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata, notis arahan penutupan sementara itu dikeluarkan ke atas empat premis di kawasan Bukit Rambai, Serkam, Umbai dan Batu Berendam menerusi Operasi Bersepadu Kilang 2023.

Katanya, operasi berkenaan memfokuskan kepada kilang makanan bagi memastikan semua kilang di negeri ini mematuhi peraturan Akta Makanan 1983.



“Operasi bersepadu diadakan selama dua hari iaitu 31 Julai lalu hingga semalam membabitkan 30 anggota penguat kuasa JKN Melaka dari daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

“Sebanyak 13 premis diperiksa dan kita mengeluarkan 15 kompaun bernilai RM35,200 dan empat premis diarahkan tutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana terdapat kehadiran najis tikus serta berada dalam tahap kebersihan tidak memuaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Belum berkuasa pun PAS sudah makan kawan, Tuan Ibrahim elok cermin diri sendiri




Dr Rusdi berkata, sehingga semalam pihaknya sudah mengambil tindakan tegas ke atas 61 kilang makanan dengan 37 kompaun dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 bernilai RM48,400 serta lima kilang diarahkan kerana tahap kebersihan tidak memuaskan.

“Bagi kesalahan premis pengilangan makanan tidak menyediakan atau mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM), sebanyak 12 kilang dikenakan kompaun bernilai RM30,000,” katanya.

Rusdi berkata, pengguna digesar menyalurkan sebarang aduan mengenai premis pengilangan makanan yang kotor serta makanan produk tamat tarikh luput dan mempunyai bungkusan yang rosak kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau laman sesawang http://moh.spab.gov.my.

4 kilang ada najis tikus diarah tutup


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading