Qabil mahu menjadi seperti Francesco Bagnaia

Qabil mahu menjadi seperti Francesco Bagnaia

Qabil mahu menjadi seperti Francesco Bagnaia
PELUMBA cilik negara, Qabil Irfan Azlan yang dinobatkan sebagai Juara Dunia MiniGP 2023 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

SEPANG – Pelumba berbakat negara, Qabil Irfan Azlan meletakkan impian tinggi untuk menjadi seperti juara dunia MotoGP 2023, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia pada satu hari nanti selepas menoktahkan kemenangan meraih gelaran dunia MiniGP 2023 di Valencia Sepanyol baru-baru ini.

Pelumba berusia 11 tahun dari Terengganu tersebut mengakui berbangga apabila dapat berjumpa idolanya terutama diberi peluang menemu ramah juara dunia MotoGP 2023 itu sewaktu perlumbaan terakhir MotoGP di Grand Prix (GP) Valencia pada Ahad lalu.

Tegas Qabil, dia mahu menggunakan kejayaan menjulang gelaran dunia MiniGP dalam kategori 160cc sebagai batu loncatan kepada kariernya apabila tahun depan dia akan bersaing dalam kategori 190cc.



“Saya berbangga dapat menemu bual Bagnaia dan pastinya saya meletak harapan tinggi untuk bergelar juara dunia seperti dia (Bagnaia) di MotoGP pada satu hari nanti.

“Mengenai kemenangan saya di Valencia, sememangnya saya tidak jangka boleh buat kerana pada awalnya saya tidak begitu yakin. Selepas itu, barulah saya dapat keyakinan dan fokus untuk menamatkan perlumbaan.

“Apapun, selepas ini saya akan kembali latihan seperti biasa kerana tahun depan saya akan bersaing dalam kategori berbeza iaitu 190cc kerana saya sudah berusia 12 tahun,” kata Qabil selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?




Hasil kemenangan di Valencia, Qabil menerima sebuah jentera Ovale untuk dibawa pulang ke Malaysia selain medal serta sut perlumbaan.

Sementara itu, ayah Qabil, Azlan Abdul Rahman berharap anaknya itu tidak dibuai dengan pujian selain meletakkan harap tinggi anaknya itu dapat mengekalkan prestasi cemerlang pada masa akan datang.

Bapa kepada tiga orang anak itu menyifatkan pujian menggunung mampu membahayakan prestasi anaknya itu sebagai pelumba yang baru meningkat naik di persada dunia.

“Jangan puji Qabil terlalu banyak, kita kekalkan prestasi anak saya seperti biasa, saya tak nak anak saya terlalu dipuji sebab itu boleh membahayakan diri dia, itu pandangan saya,” katanya. -KOSMO! Online



Qabil mahu menjadi seperti Francesco Bagnaia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading